Tuesday, November 12, 2013

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Isteri Basyir bin Saad al-Anshari meminta suaminya supaya memberikan harta yang berharga kepada seorang anaknya yang bernama al-Nu’man bin Basyir RA. Dia menyuruh suaminya berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda boleh menjadi saksi di atas pemberian sejumlah harta kepada anaknya itu. Maka Basyir pun mendatangi Rasulullah SAW, kemudian berkata: ”Wahai Rasulullah SAW, isteriku meminta supaya aku memberikan harta untuk anakku si polan dan aku mahu supaya kamu menjadi saksinya. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ”Apakah anak-anakmu mempunyai saudara-saudara yang lain?” Basyir menjawab: Ada! Rasulullah bertanya lagi: Adakah semua mereka engkau berikan hamba sahaya seperti engkau berikan kepada anakmu yang itu? Jawab Basyir: Tidak! Rasulullah SAW bersabda: ”Perbuatan seperti itu adalah tidak patut dilakukan dan aku tidak boleh menjadi saksi, kecuali atas yang hak dan benar sahaja.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

CARA CARA MEMBAIKI JALA ATAU JARING (BERGAMBAR)

Assalamu'alaikum WBT.

Memiliki jala atau pukat mahupun jaring memerlukan minat dan kemahiran yang tertentu.
Diantara kemahiran atau "skill" yang diperlukan ialah apabila jaring tersebut telah koyak.

Disini saya sertakan cara cara ringkas (secara bergambar) cara cara membaiki (menyirat) jala yang koyak.






Semoga anda mendapat manfaat seperti saya.