Saturday, December 28, 2013

RESEPI KUIH MANJA





RESEPI KUIH MANJA



BAHAN-BAHAN UTK KULIT
2 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1sudu besar marjerin cair

Cara: pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

BAHAN UNTUK INTI:
1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarna

cara cara: satukan semua bahan dan masak sehingga likat dan berkilat.

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas dapur leper, apabila kering, lekatkan secebis inti di bahagian tengah dan angkat apabila cukup masak.

Sedia untuk dihidangkan.

sekian.

Wednesday, December 25, 2013

Hajjaj : .....sambungan

Hajjaj; Panglima Perang Yang Ditimpakan Balasan Kerana Kekejamannya
Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi adalah nama tidak asing kepada peminat sirah Islam. Al-Hajjaj adalah panglima yang hidup sezaman dengan ramai tokoh tabiin dan sahabat. Beliau dipercayai lahir pada awal Jun 661 Masihi bersamaan dengan 40 Hijrah. Al-Hajjaj dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sehingga hampir menenggelamkan jasanya meluaskan empayar Islam Umayyah dalam jangka masa yang singkat.
Antara kontroversi paling diingati yang membabitkan Al-Hajjaj adalah membunuh hampir ribuan nyawa atas nama politik termasuk anak sahabat Rasulullah saw iaitu Abdullah bin Zubair bin Awwam. Dalam peristiwa pembunuhan Abdullah bin Zubair, ramai tokoh sirah Islam seperti Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al-Bidayah menceritakan bagaimana dashyat dan ngerinya pembunuhan Abdullah bin Zubair ini.

Hallaj : Kisah Lagenda Sufi dan Tasawwuf

LEGENDA DAN KISAH AL-HALLAJ


      Dari mana al-Husayn Ibn Manshur mendapatkan nama panggilan al-Hallaj, nama yang jika diterjemahkan berarti “pemintal”? sepenuturan Aththar, kisah itu berbunyi begini: Syahdan, al-Husayn Ibn Manshur melewati sebuah gudang katun ketika dia melihat selonggok bunga kapas. Saat itu dia menunjuk longgokan tersebut, tiba-tiba saja biji-biji kapasanya terpisah dari serat kapasnya. Karena itulah dia dipanggil al-Hallaj. Dia juga diberi julukan Hallaj al-Asrar­---- ”pemintal Hati”, karena dia memiliki kemampuan untuk membaca pikiran orang dan menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka bahkan sebelum mereka bertanya.

    Al-Hallaj terkenal karena kekuatan dan kemampuannya yang menakjubkan. Salah seorang muridnya mencritakan kisah berikut ini:
      

Hajjaj : Iktibar Kisah Pemerintah Islam yang Kejam Buat Ummat

Kisah Hajjaj dan Sa'id  Bin Jubair

Al Hajjaj turut memanggil Kamil bin Ziyad an Nakahi'e dan menyoal soalan yang sama. Kamil menjawab dengan tegas yang beliau tidak mengaku kekufurannya hanya kerana tidak menyebelahi al Hajjaj ketika peperangan berlaku. Al Hajjaj menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya dan Kamil menjawab,

"Hukumlah menurut hukumanmu. Kita akan bertemu di hadapan Allah kelak dan ada perhitungan selepas pembunuhan ini," jawab Kamil tenang.

"Pada hari itu, segala hujah tidak akan berpihak kepada engkau", balas al Hajjaj

"Itu jika engkau yang menjadi hakim ketika itu", dengan pantas Kamil membidas.

Kamil dibawa ke hadapan dan terus dibunuh. Setelah itu, dibawa pula seorang lelaki yang sangat dibenci oleh al Hajjaj. Al Hajjaj berharap dapat membunuhnya kerana laporan yang diterimanya lelaki tersebut selalu mencacinya.

"Saya melihat di hadapan saya ini seorang lelaki yang saya rasa tidak akan mengaku sebagai kafir", kata al Hajjaj kepada orang ramai.

"Jangan engkau cuba memerangkap saya. Saya adalah penduduk bumi yang paling kufur. Malah kekufuran saya lebih dahsyat daripada Fir'aun", jawab lelaki itu.

Wednesday, December 11, 2013

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban?


Ada yang tidak dapat difikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi kita melibatkan hampir semua perintah Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Contohnya larangan seorang Muslim tidak boleh minum sambil berdiri. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helaian rambut yang sudah memutih atau dipanggil uban.

Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya " ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ' Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).