Wednesday, August 5, 2015

Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Berkenaan E-Cigarette ( Rokok Elektronik )

 
1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.
 

Tuesday, August 4, 2015

Hukum Rokok Elektronik (2015)

Hukum Hisap Vape/Rokok Elektronik Haram - Trend terkini selalu kita lihat ramai perokok telah bertukar kepada penggunaan vapor/E Cigarette/rokok elektrik di mana dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan.
Selain baunya yang wangi dan sedap ia dikatakan bebas dari bahan kimia lain selain hanya perisa makanan, air dan sedikit nikotin berdasarkan keperluan.

Namun adakah hukum menghisap rokok ini adalah berbeza dengan rokok sebenar dan perkara ini telah diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di mana beliau telah menfatwakan penggunaan vapor ini adalah haram seperti rokok sebenar.


hukum hisap vape, hukum hisap rokok elektronik, fatwa wilayah persekutuan,