Friday, September 27, 2013

Membezakan kasih sayang punca anak derhaka

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Isteri Basyir bin Saad al-Anshari meminta suaminya supaya memberikan harta yang berharga kepada seorang anaknya yang bernama al-Nu’man bin Basyir RA. Dia menyuruh suaminya berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda boleh menjadi saksi di atas pemberian sejumlah harta kepada anaknya itu. Maka Basyir pun mendatangi Rasulullah SAW, kemudian berkata: ”Wahai Rasulullah SAW, isteriku meminta supaya aku memberikan harta untuk anakku si polan dan aku mahu supaya kamu menjadi saksinya. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ”Apakah anak-anakmu mempunyai saudara-saudara yang lain?” Basyir menjawab: Ada! Rasulullah bertanya lagi: Adakah semua mereka engkau berikan hamba sahaya seperti engkau berikan kepada anakmu yang itu? Jawab Basyir: Tidak! Rasulullah SAW bersabda: ”Perbuatan seperti itu adalah tidak patut dilakukan dan aku tidak boleh menjadi saksi, kecuali atas yang hak dan benar sahaja.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Wednesday, September 18, 2013

Ikan Kukus Limau Kasturi


1 ekor ikan siakap / ikan kerapu / ikan merah / ikan bawal putih /  bream / seabass
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah

bahan A
3 sudu besar jus limau kasturi
2 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung

bahan B
5 - 10 biji cili padi
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah or putih
Directions

Cuci ikan dan gaul dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah.letak sebelah..

Hiris halus semua bahan B..

Campur bahan B dengan bahan A dalam satu bekas lain dari ikan..

Panaskan pengukus dan letak bekas tahan panas...

Masukkan ikan...then tuang bahan2 cerenet tu (bahan A+B) rata2 kat atas ikan...

Masa mengukus bergantung pada saiz ikan..biasanya tak lama...dlm 15minit mcm tu...
kalau ikan dah masak, isi ikan akan bertukar jd putih...mata dia pun putih...

agak2 nak sedap laie...hiris asam boi..campak jugak dlm tuh...

sekian...

Ikan Kukus Air Asam




Bahan-Bahan :

1) Semangkuk kecil air asam jawa
2) 1/1/2 inci halia - tumbuk & perah dapatkan airnya
3) 1 batang serai - dihiris
4) 1 biji bawang besar - dihiris
5) 1 inci halia - dihiris
6) 6 biji lada kecil - dihiris
7) 1 biji lada merah besar - dihiris
8) 2/1/2 sudu besar sos ikan
9) 1 sudu besar sos tiram
10) Seekor ikan 
11) sedikit garam


Cara - cara :

1) Masukkan semua bahan dan ikan pastu kukus sampai ikan masak. If nak hias , hias dengan hirisan serai , bawang , lada semua. Tomato pon boleh guna. 



Simple dan mudah kan? Yg penting sihat. hehe. Selamat mencuba!


Friday, September 6, 2013

Hukum Meminta Jawatan

Ulama berselisih pendapat tentang hukum meminta jawatan kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Haram meminta jawatan.


DALIL HARAM MEIMNTA JAWATAN:

Dalil 1:

عَنْ عَبدِالرَّحمنِ بنِ سَمرةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ ِلي رسولُ الله؟: «يَا عبدَالرّحمنِ ابنَ سَمرةَ، لا تسْأل الإِمارةَ، فإنْ أُعطيتَها عَن مسْألةٍ وُكِلتَ إليهَا، وإنْ أُعطيتَها عَنْ غيِر مسْألةٍ أُعنتَ علَيها». متفق عليه

Dari Abdurrahman bin Samurah ra berkata: Rasulullah saw bersabda “ Hai Abdur Rahman bin Samurah janganlah kamu meminta jawatan , sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya Allah akan menyerahkannya untukmu menguruskannya (tanpa bantuan Allah), sekiranya engkau memperolehinya dengan tanpa memintanya Allah akan membantunya.” Hadis sahih Bukhari 6248 dan Muslim.

Wednesday, September 4, 2013

RESEPI SAMBAL TAHUN JAWA




Cara membuat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sambal tahun ialah lengkuas, halia, bawang kecil, bawang putih, cili burung, ikan bilis, belacan, gula, garam, sos tiram, taucu, asam jawa, gula kabung.
"Ada bahan yang dihiris dan ada yang ditumbuk. Sebahagian bawang merah, bawang putih dan lengkuas dihiris halus dan selebihnya ditumbuk bersama sedikit halia, belacan, cili burung, ikan bilis.
"Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat. Apabila bahan tumisan garing sedikit, masukkan taucu bersama sos tiram," ujarnya bahan-bahan yang digunakan disukat mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila sudah sebati, masukkan cili padi diikuti dengan hirisan lengkuas. Masukkan dua mangkuk air dan gula kabung secukup rasa, biarkan seketika hingga mereneh.
Akhir sekali, masukkan isi kerang yang telah direbus bersama air asam jawa dan sedikit serbuk perasa. Biarkan beberapa minit hingga kerang mesra dengan kuah.
Lengkuas dan taucu merupakan bahan yang wajib ada dalam pembuatan sambal tahun. Jika tiada, sambal tahun tidak menjadi.
Sambal tahun enak dimakan bersama nasi putih panas tanpa digandingkan dengan lauk-pauk yang lain.
"Gula kabung dimasukkan bagi memberikan rasa manis untuk mengimbangi rasa pedas pada sambal selain memekatkan kuah.
"Sambal tahun versi original tanpa santan. Jika dicampur santan, ia akan memberikan rasa pedas sahaja dan hilang rasa bahan-bahan yang lain. Jika dipanaskan selalu, ia akan pecah minyak," katanya sambil memberitahu kerang yang digunakan boleh digantikan dengan kulit lembu.
Bagaimanapun, jika menggunakan kulit lembu, lama-kelamaan kuah sambal tahun akan berlendir dan kulit lembu menjadi lembik.
Ada juga yang menyediakan sambal ini dengan menggunakan ikan bilis semata-mata sebagai ramuan utama, namun untuk menghasilkan sambal tahun yang sedap ialah menggunakan kerang.
"Sambal ini semakin dipanaskan, semakin sedap dan semakin pedas kerana cilinya pecah. Ia mampu bertahan sehingga dua minggu jika sentiasa dipanaskan.
"Kalau malas nak panaskan, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh tahan sehingga dua bulan," ujarnya sambil memberitahu nama sambal tahun diberi kerana ia dibuat setahun sekali.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2duP5IEqk 
Hakcipta terpelihara