Friday, September 6, 2013

Hukum Meminta Jawatan

Ulama berselisih pendapat tentang hukum meminta jawatan kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Haram meminta jawatan.


DALIL HARAM MEIMNTA JAWATAN:

Dalil 1:

عَنْ عَبدِالرَّحمنِ بنِ سَمرةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ ِلي رسولُ الله؟: «يَا عبدَالرّحمنِ ابنَ سَمرةَ، لا تسْأل الإِمارةَ، فإنْ أُعطيتَها عَن مسْألةٍ وُكِلتَ إليهَا، وإنْ أُعطيتَها عَنْ غيِر مسْألةٍ أُعنتَ علَيها». متفق عليه

Dari Abdurrahman bin Samurah ra berkata: Rasulullah saw bersabda “ Hai Abdur Rahman bin Samurah janganlah kamu meminta jawatan , sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya Allah akan menyerahkannya untukmu menguruskannya (tanpa bantuan Allah), sekiranya engkau memperolehinya dengan tanpa memintanya Allah akan membantunya.” Hadis sahih Bukhari 6248 dan Muslim.


Dalil 2:

إِنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَألَهُ، وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ». متفق عليه

Sesungguhnya Kami tidak melantik sesiapa yang meminta jawatan dan sesiapa yang tamak dengannya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



PENDAPAT KEDUA: HAruS meminta jawatan.

DALIL HARUS MEMINTA JAWATAN:

dAlil 1: Firman Allah swt:

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. 55 surah Yusof
Imam al-Qurtubi berkata:

ودلت الآية أيضا على جواز أن يخطب الإنسان عملا يكون له أهلا

Ayat ini menunjukkan harus seorang manusia itu meminta kerja atau jawatan yang dia berkelayakan.

DALIL KE2: hAdis Usman bin As ra:

حديث عثمان بن أبي العاص- رضي الله عنه- حين قال للنبي صلى الله عليه وسلم: اجعلني إمام قومي، قال: “أنت إمامهم،

Usman bin Abil As berkata kepada Nabi saw: Lantiklah aku sebagai imam kepada kaumku. Nabi saw bersabda “engkau menjadi Imam mereka.” Sunan Abi Daud sahih (531)

PENDAPAT KETIGA: HUKUMNYA TERPERINCI. sEkiranya dia meminta itu adalah untuk menyelamatkat ummah dengan al-Quran dan Sunnah dan dia layak dari segi pengetahuan agamanya, ilmu terhadap skop jawatannya yang merangkumi hukum hakam dan ilmu dunia dan kekuatan amanahnya maka dia boleh meminta jawatan itu. Jika tidak haram dia memintanya. Pendapat ini menggabungkan dalil2 pendapat yang mengharuskan dan mengharamkan.

KESIMPULAN

Pendapat ketiga lebih kuat dan diterima. Namun seorang mukmin tidak boleh ada rasa cinta atau inginkan kepimpinan , ini kerana ianya adalah sifat mazmumah. Dia tidak meminta atau menjawat jawatan melainkan diberi kepercayaan oleh teman2 atau pemimpin yang beriman yang yakin dengan kebolehannya. Ia satu tanggung jawab yang besar dan berat. Umar berkata:

لو أن بغلة عثرت بالعراق لسألني ربي عنها : لم لم تسو لها الطريق يا عمر

Kalau baghal (campuran kuda dan keldai) jatuh tergelincir di irak tuhan akan bertanya pada ku “kenapa engkau tidak meratakan jalan hai umar.”

Abu bakar as-sidiq berkata:

والله ما كنت حريصا على الإمارة يوما ولا ليلة قط ولا راغبا فيها ولا سألتها الله في سر ولا علانية ولكني أشفقت من الفتنة

Demi Allah aku tidak tamak rasa terhadap kepimpinan siang atau malam dan tidak teringin padanya. Aku juga tidak pernah memohon pd Allah utk meminta jawatan samada depan orang ramai atau sorang2, tetapi aku amat takut sangat dgn ujian kepimpinan.


Sumber : http://maemahi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment