dalam surah al-Furqan ayat 43 - 44
"Adakah kamu pernah melihat orang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya maka apakah kamu dapat menjadi pemeliharanya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami ( al-Quran ). Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat jalannya ( dari binatang ternakan itu )"
Buruknya orang
yang menuruti hawa nafsunya diibaratkan sebagai binatang ternak. Kata
guru saya, kalau binatang liar masih pandai mencari makanan sendiri,
namun kalau binatang ternak, bodoh. Allah memberitahukan kita, orang
yang mengikut kehendak hawa nafsu ini lebih bodoh dan lebih sesat dari
binatang ternak.
Adakah kita termasuk golongan yang disebutkan sebagai binatang ternak oleh ALLAH?
Adakah kita termasuk golongan yang disebutkan sebagai binatang ternak oleh ALLAH?
Nafsu
sememangnya ada dalam diri manusia namun mereka yang menjadikan hawa
nafsu sebagai Tuhan adalah mereka yang menuruti hawa nafsunya dan
kehidupannya tunduk kepada hawa nafsu.
Kata guru
saya, ciri hawa nafsu adalah apabila dipenuhi dia akan hilang.
Kegembiraan untuk memiliki atau merasai sesuatu yang terbit bersumberkan
hawa nafsunya akan hilang apabila dipenuhi. Contohnya, seorang pemuda
yang mencintai seorang wanita akan