Monday, July 16, 2018

Review SYM Jet 14 Malaysia / SYM JET 14 FC


Buat pengetahuan semua, saya membuat review ni atas sebab semasa saya mula membelinya tiada review dari mana mana pengguna skuter SYM yang baharu ini. Oleh itu saya cuba memberi sedikit pengalaman sendiri berkenaan skuter SYM Jet 14 ini.

Tarikh dibeli : 12 Julai 2018
Harga : RM7500 OTR dengan 1st party insurance + helmet vespa 1 biji
Tangki minyak diisi pada mula mula ambil : RM14.00 penuh (1 liter = RM2.20)
Odometer isian pertama: 2 km
Odometer isian kedua : 128 km
Jumlah isian : RM7.00 penuhkan balik
Purata penggunaan minyak : 5.5 sen/km ( skuter dibawa dibawah 60 km/jam sebab masih baru) sebagai ingatan Honda Spacy saya RM7.00/100 km

Perkara yang disukai:

1. Brek yang sangat mantap. 
Rasanya brek sebelah kiri (bila ditekan kedua-dua brek depan dan belakang akan membrek - sama dengan sistem brek Honda BEAT)

2. Pecutan yang sangat baik 
(andai dikira sebagai 125cc) hampir setanding dengan Honda PCX kawan punya - lebih 4 tahun umur) dan lebih baik dari Honda Spacy

3. Design yang sangat menarik 
(dari kacamata sendiri - orang lain suka bentuk lain dia punya sukalah) bagi saya Honda PCX bahagian depan tak cantik, belakang sangat cantik manakala Yamaha Nmax bahagian depan sangat menarik tapi bahagian belakang pula tak cantik.

4. Lantai yang rata. 
Kalau anda perhatikan Jet 14 tak sama dengan PCX ataupun Nmax sbb bahagian tengah badan dia ada macam divider. Kalau penunggang perempuan susah nak turun. Bagi saya Jet 14 senang nak gantung barang-barang dengan banyak dan tak ganggu kaki.

5. Saiz yang besar. (tak padan dengan 125cc)
Saiz dia memang boleh lawan dengan PCX dan juga Nmax. No problem. 

6. Penggunaan minyak : lebih kurang 5 sen lebih / km (saya isi RM7 (1 liter RON95/RM2.20) bagi 120 KM, kemudian RM10 bagi 180 KM)

Kekurangan:

1. Tempat duduk yang tinggi.
Bila berhenti di trafik light, saya yang berkaki pendek kena tukar posisi tempat duduk ke hadapan seat untuk memijak dengan baik.

2. Tempat pijak kaki penumpang terlalu ke hadapan.
Bila berhenti betis pemandu akan menekan pemijak kaki penumpang, kaki penumpang kena alihkan sementara berhenti...hampehh!!

3. Bunyi hon yang amat perlahan berbanding Honda Spacy.

itu shj buat kali ini.....

bila-bila ada masalah saya akan update kembali.

3 comments:

  1. Sepanjang 2 bulan penggunaan, sym jet 14 ada buat problem?.. Berminat dengan design dan tangki minyak yg besar.

    ReplyDelete
  2. Full tank bole cecah berapa km? Bercadang angkat satu utk balik terengganu tp xtau minyak save atau tidak?

    ReplyDelete
  3. Saya perasan bila bawa scooter ni.. Mesti mcm ade bau hangit.. Ade bau tak

    ReplyDelete