Wednesday, February 6, 2013

Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia



Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia

Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia. Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini.1

Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... "2

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.

Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden.3
Piltdown Man yang mula ditemukan oleh Charles Dawson pada tahun 1912 diterima sebagai satu penemuan ‘rantaian hilang’ yang hebat oleh golongan evolusionis. Mereka telah menipu dunia selama lebih kurang 40 tahun sebelum pembohongan ini dibongkar sepenuhnya oleh Joseph Weiner pada tahun 1953.
Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.

Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4

Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.

1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.
2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.
3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.
4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.

Sumber :http://silverheritage.blogspot.com

No comments:

Post a Comment