Gambar diatas adalah dari rakaman sendiri dari telefon bimbit seorang kawan semasa melakukan aktiviti memasang bendera parti semasa PRU ke 13 di Bangi, Malaysia.
Adakah kebetulan yang "makhluk asing" ini singgah di atas kereta tersebut?
Nah... fikirkanlah apa tujuan pihak barat menyajikan berita khusus penemuan alien di channel sains di rangkaian tv.
p/s: Sudah pasti kita semua yakin yang bertenggek tersebut adalah hantu/ jin.
Posting ini adalah susulan daripada beberapa kesimpulan yang dapat saya garapkan setelah beberapa hari menonton siri The Arrival (50 siri kesemuanya).
Kesimpulan bagi posting ini adalah:
Dajjal mungkin memperdaya (deception) pelbagai golongan manusia dengan kaedah sains dan teknologi:
a) Golongan ahli sains : Kebiasaannya ahli sains terdiri dari bidang fizik - bidang jurutera/ ahli komputer, biologi - bidang perubatan yang sehingga kini telah mampu mencipta klon manusia, kimia - ahli-ahli kimia yang menghasilkan pelbagai molekul baru yang mampu merubah hatta alam sekitar - golongan ini yang diketahui secara umum asas agama adalah kurang sejak dari bangku persekolahan lagi akibat minat yang mendalam ke bidang sains. Oleh itu apabila Dajjal membuat sesuatu yang luarbiasa dan dilengkapi dengan pelbagai teori sains maka golongan ini adalah yang paling mudah diperdayakan. Bukannya menafikan segala sesuatu yang terjadi hasil dari teknologi sains yang hebat namun senantiasa terlupa bahawa segala yang terjadi adalah dengan izin Allah SWT kesemuanya. Kumpulan ini telah diperdayakan sejak awal-awal lagi hasil latihan dan didikan dari pakej pendidikan yang tidak menekankan kerohanian dalam ilmu sains yang dipelajari dari alam persekolahan.
b) Golongan komuniti biasa: Boleh juga dikumpulkan sebagai golongan yang tidak mempelajari asas-asas sains yang kukuh dan mendalam. Golongan ini telah disuapkan dengan berita berita hasil penemuan sains dan teknologi yang tidak disangka-sangka. Sehingga kini hanya 6 atau 7 buah negara sahaja didunia ini yang mampu menghantar angkasawan ke angkasa manakala dari jumlah itu berapa pula yang dapat mendarat di bulan? Nah..! bukankah berita yang dianggap mustahil telah menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan rakaman secara langsung peristiwa manusia ke bulan. Ingatkan anda siaran langsung Dr Sheikh Muzaffar ke angkasa (belum pun ke bulan). Bukankah terasa hebatnya teknologi yang telah membawa manusia ke tempat yang terasa mustahil untuk dicapai?!
Inilah yang mungkin berlaku pada kemunculan Dajjal. Bagaimana sekiranya Dajjal yang muncul nanti dikatakan sebagai makhluk asing yang mempunyai teknologi yang jauh lebih maju dari umat manusia? Yang dapat menyelamatkan umat manusia dari segala kesusahan kehidupan pada akhir zaman? Adakah kita mampu menafikannya setelah menonton rangkaian National Geografic, Animal Planet dan pelbagai lagi saluran berkenaan penemuan sains yang telah menyajikan segala bentuk penemuan sains yang begitu pelik.
Oleh itu dipaparkan sedikit info yang saya dapati dari sumber yang tertera. Semoga kita dijauhkan dari fitnah Dajjal Lakmatullah.
Dajal merupakan makhluk yang akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat di akhir zaman. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajal.” (Muslim)
Kalimat Dajal berasal dari kalimat dajala yang bermaksud ‘yang menutup’. Mengikut kamus Usanul Arab, kalimat ini digunakan kerana Dajal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dia juga menutupi dunia dengan kesesatan bersama-sama dengan pengikutnya. Di samping itu Dajal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi, Nabi telah menceritakan tentang semua ini melalui hadis-hadis baginda.
Teknologi di Era Dajal
Mengikut hadis-hadis nabi, era Dajal ialah suatu era yang kaya dengan teknologi canggih. Antara teknologi itu berkaitan dengan kemampuan untuk mengubah cuaca, seperti menurunkan hujan. Berhubung dengan ini nabi bersabda, “Dajal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Teknologi yang wujud pada hari ini mampu ‘mencipta’ hujan. Teknologi ini mula diperkenalkan pada tahun 1946 dan menjadi semakin popular pada hari ini, terutamanya ketika menghadapi musim kemarau. Daily Telegraph, London, bertarikh 20 Ogos, 1969, melaporkan, kristal silver iodine telah digunakan di padang pasir untuk menurunkan hujan. Kristal yang sama juga pernah digunakan untuk meredakan keRuatan ribut taufan, seperti yang telah dilakukan ke atas taufan Hurricane Debris dan Hurricane Esther.
Mengikut kajian terkini, pendekatan yang digunakan untuk menurunkan hujan ialah melalui ‘pembenihan awan’. Antara konsep yang popular digunakan pada hari ini untuk menurunkan hujan ialah ‘pembenihan statik’ dengan menggunakan bahan seperti garam dan urea, serta ‘pembenihan higroskopik’ dengan menggunakan ais dan silver iodine.
Teknologi juga mampu mengubah tanah yang tidak subur menjadi subur lagi produktif. Hal ini tercapai, antaranya, melalui sistem pengairan yang canggih, penciptaan pelbagai jenis baja dan pengubahan bahan mineral dan organik yang terdapat di dalam tanah. Di Amerika, sebagai contoh, pada tahun 1902, melalui Bureau of Reclamation, banyak kawasan tanah yang tidak subur telah berjaya disuburkan melalui pendekatan ini.
Berhubung dengan sistem pengangkutan di era Dajal, Nabi bersabda, “(Kelajuan perjalanan Dajal) ialah seperti awan yang dipukul angin..” (Riwayat Muslim dan Tarmizi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Dajal akan mengenderai keldai. Jarak di antara kedua telinganya ialah tujuh puluh ela.” (Riwayat Baihaqi) Nabi juga bersabda, “Dajal akan melompat di antara langit dan bumi.” (Riwayat Abu Daud)
Sistem pengangkutan yang wujud pada hari ini, dengan kapal terbang dan jetnya, menepati sabda Nabi yang terdapat dalam hadis-hadis ini.Kelajuan kapal terbang dan jet adalah ‘seperti awan yang dipukul angin.’ Jarak antara kedua belahsayapnya berukuran kira-kira ‘tujuh puluh ela.’ Kapal terbang dan jet ‘melompat di antara langit dan bumi.’Jet-jet pejuang Amerika dan sekutu-sekutunya di Barat telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat kepada Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain. Teknologi dalam bidang ini dikuasai oleh Barat.
Jet-jet pejuang yang dicipta untuk tujuan berperang menjadi semakin canggih pada hari ini, Antara tahun 1930 -1940, antara jenis pesawat yang digunakan untuk berperang ialah BF-109 Messerschmitt, Hawker Hurricane, A6M Zero, Fokkel G.I, JU87 Stuka, Fokker D21. Antara tahun 194C-1950, Supermarine Spitfire, P47 Thunderbolt, P51 Mustang, Mosquito, F4U Corsair, P38J Lightning F86 Sabre, P40 WarHawk, FW190 Focke Wulf Messerschmitt ME262, F6F Hellcat, P80 Shooting Star, B25 Mitchell, F8F Bearcat, Migl5 Fagot, AlSkyraider, Macchi M.C.205 Veltro, Gloster MeteoiF Mk.8, B-17 Flying Fortress, de Havilland Vampin digunakan. Antara tahun 1950 – 1960 MiG21 Fish bed, F104 Starfighter, F8 Crusader, B52G Stratofortress, CF-105 Avro Arrow, F106 Delta Dart, F-84I Thunderstreak, MiG17 Fresco, F105ThunderChief F100 Super Sabre, J32 Lansen, F101 VooDoo, B5 Hustler, MiG-19 Farmer, J29 Tunnan, Super Mystere B2, Hawker Hunter digunakan. Bermula tahur 2000, jet-jet pejuang dari jenis F/A-22 Raptor, LCA EuroFighter 2000 Typhoon, SU47 (S37 Berkut) SU37 Terminator, MiG/MAPO 1.42 MFI, Aurora FA-18E Super Hornet, X35 Joint Strike Fighter (JSIF-35) dan Chengdu J-10 pula digunakan.
Pada era Dajal nilai-nilai kerohanian tidak lag dipandang penting. Justeru teknologi canggih yang wujud di era itu seringkali disalahgunakan. Nabi bersabda, “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad). Memandangkan Nabi sering mengaitkan bahagian kanan dengan kebaikan, keadaan mata Dajal yang buta di sebelah kanan menunjukkan dia tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali. Segala tindakannya adalah untuk kepentingan duniawi semata-mata. Berpandukan hadis-hadis yang telah dipaparkan, tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang berada di era Dajal. Justeru, umat Islam pada hari ini perlu memahami ajaran Islam yang sebenarnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Ajaran itu hendaklah dihayati dan ‘digigit dengan gusi-gusi kita.’ Jika tidak, kita akan hanyut seperti buih di atas permukaan air. (Untuk perincian berhubung tajuk ini, bacalah buku Empayar Minda Muslin, karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin).®
Dr. Danial bin Zainal Abidin ialah seorang Pengamal Perubatan, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang dan Penulis bagi PTS Publication. E-mel:dyzsyifa@steamy.com Laman web: http:// http://www.for. formula acemerlang.com
Lakaran grafik tentang makhluk asing oleh barat.
p/s: Sudah pasti kita semua yakin yang bertenggek tersebut adalah hantu/ jin.
kawasan tanah yang tidak subur telah berjaya disuburkan melalui pendekatan ini.
ialah seorang Pengamal Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang dan
Penulis bagi PTS Publication.
E-mel:dyzsyifa@steamy.com Laman web: http:// http://www.for. formula
acemerlang.com