LAMBANG MATA SATU DI ATAS PUNCAK PIRAMID SEBENARNYA ADALAH KHAZANAH SIHIR YANG TELAH DISEMBUNYIKAN OLEH NABI SULAIMAN DIBAWAH HAIKAL SULAIMAN. (MASJIDIL AQSA) IANYA TELAH DITEMUI DAN DIBAWA KE EROPAH OLEH THE KNIGHT TEMPLER
#MENGAPA BETAPA PENTINGNYA LAMBANG TERSEBUT, HINGGAKAN IA DINOBATKAN PADA NOTE DOLLAR USD SERTA SELURUH MERCU TANDA THE MASON?#
LIHAT KEPADA SINONIM BERIKUT:
#MENGAPA BETAPA PENTINGNYA LAMBANG TERSEBUT, HINGGAKAN IA DINOBATKAN PADA NOTE DOLLAR USD SERTA SELURUH MERCU TANDA THE MASON?#
LIHAT KEPADA SINONIM BERIKUT:
Betapa susahnya Umat untuk Menolak Fitnah Dajjal
Bersamaan juga betapa susahnya Umat untuk menolak TV.
Dajjal itu adalah fitnah akhir Zaman
Begitu juga TV juga muncul pada akhir Zaman.
Lambang Mata satu Illimunati Berada diatas puncak
Bagaikan TV yang diletak di atas rak yang cantik diruang utama.
Illimunati adalah Golongan Pemuja Cahaya
Begitu juga TV mengeluarkan Unsur Cahaya.
Dajjal adalah bersikap mempengaruhi
Begitu juga TV mampu mempengaruhi manusia sejak dari kecil.
Walau golongan yang berada jauh didalam hutan sekalipun, asalkan mendapat Siaran TV
Dajjal akan memasuki setiap rumah-rumah manusia
Bagaikan setiap TV Yang telah memasuki setiap Rumah Manusia.
Dajjal akan dipandang Mulia
Begitu juga TV dipandang satu keperluan
Dajjal itu digambarkan bermata satu
Bagaikan juga TV itu juga adalah satu optik.
Sedangkan TV juga telah membuktikan kemungkaran yang nyata yang amat dahsyat padanya.
Aurat, seks, lucah, pengaruh yahudi, melalaikan, syirik, tahyul, tumpuan, musik, gambaran haram dan sebagainya.
Namun seolah-olah hukamak Islam telah terlepas pandang untuk meletakkan hukum.
Kalaulah pun ia fitnah Dajjal sekalipun, tiada manusia biada yang mampu menghalangnya. Kerana ia adalah fitnah yang terlalu kebal dan dahsyat.Ia melebihi satu Agama, melebihi status patung berhala cina yang berada didalam rumah-rumah Budhist.
Dihadap melebihi seorang hamba yang mengadap Sang Maharaja, bersila terlentang bersama anak isteri, pagi petang siang malam.Kerana ia bukan setakat dilindungi oleh alasan, tetapi ia adalah mercu tanda sihir yang tidak boleh dihadapi oleh manusia biasa.
Harus diingat Juga bahawa ISTILAH Dajjal dalam bahasa Arab yang asal ialah:
"Sejenis penipuan atau mensamarkan. Iaitu nama kepada penampal yang digunakan untuk menutup kudis pada Unta yang mahu dijual.
Agar pembeli tidak nampak kudis tersebut. Ia bukan nama manusia atau nama makhluk Bernyawa pada istilah bahasa asalnya."
, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : مَا مِنْ مَوْلُوْدٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ. فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ.
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.
Secara ringkas sys konsepkan 3 perkara di atas menjadi : (Yahudi@ Tahu tapi Engkar). (Nasrani@Sesat), ( Majusi@Hiburan).
Didalam matan (teks) Hadith tersebut disebut dengan huruf "وَ" (wau) itu adalah bermaksud "DAN" atau 'serta' (iaitu bukan pilihan salah satu). . . Bermakna 3 Ciri ini akan dimasukkan serentak Sehingga melahirkan anak Yang Tahu tentang agama tetapi degil dan menolak untuk ibadat, kemudian dia dia disesatkan pengetahuannya, kemudian dia pula akan terbiar didalam keseronokan Hiburan dan maksiat. - Mix 3-in 1
Jika disebut dengan salah satu atau pilihan. Biasanya ia akan disebut dengan matan "Alif wau" yang bermaksud 'atau'.
Ibu bapa adalah Pemimpin pertama Umat islam. "Kullukum mas'uulun a'la ra'yatihi".
Orang yang telah dipengaruhi oleh 3 unsur inilah yang saya konsepkan kepada "The Machine".
Walaupun alim ulamak, profesional, arab, melayu, cina sekalipun.....Mufti, PHD, allamah, Asatizah dsbgnya. Tanda yang paling utama bagi "the Machine" ialah- Tv Di Rumah Mereka. Manakala mereka yang tidak memerlukan TV dirumah adalah sangat ganjil pada masa ini, maka beruntunglah orang-orang yang ganjil.
"The machine" yang sebenarnya dibawa masuk oleh IBU BAPA, Juga oleh Ibu bapa kepada Ibu bapa hari ini yang akan mencorakkan anak-anak mereka yang akan pula menjadi Ibu bapa dan seterusnya....
perbezaan Aqidah dengan Adat ialah pada Konsep TAQLID (mengikut atau meniru). Setiap sesuatu yang dibuat dengan taqlid itu sebenarnya adalah 'ADAT' (bukannya agama). Walaupun solat, puasa, zikir dan sebagainya.
Kerana ISLAM itu sebenarnya diasaskan oleh AQIDAH (iaitu melalui kesedaran dan kehadiran hati).
Ia bermula dengan 'Penyerahan sepenuhnya "total'""- Itulah dinamakan Islam.
No comments:
Post a Comment