Wednesday, May 21, 2014

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU KASTURI

Dah selalu sangat menikmati nasi impit dan lemang setiap kali musim raya. Lagipun makanan tersebut juga boleh didapati pada bila-bila masa sahaja, walaupun bukan musim perayaan.


Untuk juadah makan tengahari hari ni, penulis ingin berkongsi resepi dengan semua pembaca setia WARNA-WARNI KEHIDUPAN.

IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU KASTURI

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap - berat anggaran 600 gm
Bersihkan.


2 batang serai - dipotong serong nipis-nipis
1 inci halia - dipotong memanjang
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bawang besar - dipotong bulat
10 biji cili padi - dipotong halus
2 biji buah tomato - belah 4
4 biji limau kasturi - ambil jusnya sahaja
1 biji cili benggala - potong memanjang
3 helai daun limau purut - buang urat tengahnha
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
2 cawan air mineral
Daun sup - untuk hiasan



Ikan dikelar-kelar.
Perapkan dengan sos tiram dan garam, lebih kurang 10 minit.
Letakkan ikan dalam loyang pengukus, sumbatkan dengan halia, serai dan taburkan bawang putih.
Kukus seketika.
Sementara itu, campurkan air mineral dengan jus limau kasturi dan tambahkan sedikit garam.
Tuangkan campuran tersebut ke dalam ikan yang sedang dikukus tadi. Kukus lagi lebih kurang 5 minit.
Kemudian masukkan hirisan cili padi, bawang besar, cili benggala, buah tomato dan daun limau purut.
Kukus lagi seketika, jika terlalu lama akan menyebabkan bahan-bahan tadi terlalu masak.
Angkat dan taburkan daun sup.


Hidangkan ketika panas.


** Jika anda inginkan lebih masam, tambahkan lagi jus limau kasturi.  Begitu juga jika anda gemar menikmati makanan pedas, boleh ditambah cili padi ke dalam resepi tersebut.



SELAMAT MENCUBA.

sumber : http://warnanikehidupan.blogspot.com/2012/10/resepi-ikan-siakap-kukus-limau-kasturi.html

No comments:

Post a Comment