Sunday, August 17, 2014

NAFKAH BAGI IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK.

SUMBER : http://nuradzim.wordpress.com/tag/nafkah/

NAFKAH
Takrif Nafkah
Nafkah daripada segi bahasa adalah mengeluarkan atau menghabiskan. Perkataan nafkah hanya digunakan dengan makna yang baik sahaja. Daripada segi istilah, nafkah adalah semua perkara yang diperlukan oleh manusia. Contohnya makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
 Jenis Nafkah
1. Nafkah manusia kepada dirinya sendiri.
2. Nafkah usul kepada furu’.
3. Nafkah furu’ kepada usul.
4. Nafkah suami kepada isteri.
5. Nafkah-nafkah lain.
  
1. Nafkah Manusia Kepada Dirinya Sendiri.
Nafkah kepada diri sendiri merupakan nafkah yang paling rendah, jika mampu. Ia hendaklah didahulukan daripada nafkah-nafkah yang lain. Nafkah kepada diri sendiri meliputi semua perkara yang diperlukan oleh seseorang manusia seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya. Nafkah yang diwajibkan terhadap diri sendiri hendaklah diambil daripada hartanya sendiri, selagi dia memiliki harta yang boleh digunakan sebagai nafkah.

NAFKAH BAGI IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK.

Sambungan bahagian1

Sumber 1:http://fikahhadith.blogspot.com/2012/10/nafkah.html

Nafkah



Apabila kita telah mengikat tali pernikahan, maka aspek kewangan adalah sangat penting dalam rumah tangga. Segala sudut sama ada dari segi perbelanjaan harian, air, api, kereta, rumah dan sebagainya adalah sangat penting bagi sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, Islam telah menetapkan hukum-hakam berkaitan dengan nafkah agar suami dan isteri dapat memainkan peranan mereka dalam rumah tangga.



Maksud Nafkah



Nafkah bermaksud segala perkara yang diperlukan oleh seseorang insan yang terdiri daripada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.



Pada zaman kini, untuk mendapatkan tempat tinggal, agak sukar kerana harganya terlalu mahal. Oleh yang demikian, bagi mereka yang belum mendapat kerja tetap, atau pendapatan kurang mencukupi, akan tinggal bersama ibu bapa atau mertua terlebih dahulu sebelum mendapat rumah sendiri.



Dinamakan nafkah kerana pendapatan yang diperolehi setiap bulan, akan dibelanjakan untuk keperluan2 yang telah disebutkan di atas. 



PEMBAHAGIAN NAFKAH



Nafkah terbahagi kepada lima bahagian iaitu: 1] nahkah terhadap diri sendiri, 2] nafkah orang tua kepada anak, 3] nafkah anak kepada orang tua, 4] nafkah suami kepada isteri, dan perbelanjaan lain-lain.  


TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI (bahagian 2): IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK ??

Sambungan dari sumber lain....

Sumber 2 : http://dirihamba.blogspot.com/2013/02/turutan-kewajipan-anak-lelaki-suami.html


Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.



Pic ini secara ringkas kewajipan dan keutamaan kita sebagai suami atau isteri

TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI (bahagian 1): IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK ??




Pening kepala kalau bincang pasal bab ni.

Untuk memudahkan bagi yang sering tertanyakan permasalah ini disisipkan maklumat dari pelbagai sumber.

Sumber 1 : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html

Assalamualaikum.
Sudut Ilmu hari ini: Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana didahulukan?

Hehe, jangan ade yang nak hentam aku plak kerana entry ni, its just my personal point of view dan sedikit ilmu yang diperoleh dari laman sosial dan sumber asalnya adalah dari sini.

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.


Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.


Tuesday, August 12, 2014

Cara cara buat lemang (detail)


Resepi & cara-kerja membuat lemang (lemang sedap) stail din Rawang

(untuk segantang pulut).
Bahan-bahan :
beras pulut : 1 gantang (3kg. 600gm),
santan kelapa 5 biji (1.25kg)
daun pandan 5/6 helai
garam 5 sudu teh
gula 3 sudu teh
buluh lemang 9 btg x 2 kaki x 2 inci (garis pusat)
daun pisang (yang baik ialah daun pisang awak/pisang hutan)

Persiapan tempat pembakaran :

Keperluan biasa ialah :
1. Tumang dan lelo tempat nyandokan batang lemang (daghi batang paip pili);
2. Kayu api. Kayu yang baik ialah dari dahan rambutan, pelepah nyo, kelotok/ketih nyo atau kayu getah yang sudah dibelah-belah. Elakkan daghi ngunekan batang kayu sebeso pehe - batang yang beso tak 'ngidup api.'
3. Beberapa ketul batu bata (disusun di bawah lelo) - tempat meletakkan batang lemang semasa pembakaran