Sumber 1:http://fikahhadith.blogspot.com/2012/10/nafkah.html
Nafkah
Apabila kita
telah mengikat tali pernikahan, maka aspek kewangan adalah sangat
penting dalam rumah tangga. Segala sudut sama ada dari segi perbelanjaan
harian, air, api, kereta, rumah dan sebagainya adalah sangat penting
bagi sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, Islam telah menetapkan
hukum-hakam berkaitan dengan nafkah agar suami dan isteri dapat
memainkan peranan mereka dalam rumah tangga.
Maksud Nafkah
Nafkah
bermaksud segala perkara yang diperlukan oleh seseorang insan yang
terdiri daripada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
Pada zaman
kini, untuk mendapatkan tempat tinggal, agak sukar kerana harganya
terlalu mahal. Oleh yang demikian, bagi mereka yang belum mendapat kerja
tetap, atau pendapatan kurang mencukupi, akan tinggal bersama ibu bapa
atau mertua terlebih dahulu sebelum mendapat rumah sendiri.
Dinamakan
nafkah kerana pendapatan yang diperolehi setiap bulan, akan dibelanjakan
untuk keperluan2 yang telah disebutkan di atas.
PEMBAHAGIAN NAFKAH
Nafkah
terbahagi kepada lima bahagian iaitu: 1] nahkah terhadap diri sendiri,
2] nafkah orang tua kepada anak, 3] nafkah anak kepada orang tua, 4]
nafkah suami kepada isteri, dan perbelanjaan lain-lain.
NAFKAH TERHADAP DIRI SENDIRI
Membelanja diri
sendiri adalah satu permulaan sebelum membelanja orang lain. Nafkah
yang dimaksudkan di sini merangkumi segala perkara yang diperlukan oleh
seseorang insan seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan
sebagainya.
Nafkah seperti ini adalah diambil dari harta sendiri.
NAFKAH BAPA TERHADAP ANAK2NYA
Seorang ayah wajib memberikan nafkah kepada anak2nya sama ada lelaki mahupun wanita, berasaskan syarat seperti berikut:
1] Seorang bapa
itu adalah orang yang senang, terdapat lebihan dari makanan untuk
dirinya dan isterinya sehari semalam. Sekiranya tidak mencukupi untuk
dirinya dan isterinya sehari semalam, maka ia tidak ditaklifkan lagi
memberikan nafkah kepada anak2. Misalnya sehari semalam nafkahnya kepada
diri dan isteri dari sudut makanan ialah RM20, lalu duit yang ada
padanya hanyalah RM20 sahaja untuk sehari semalam, maka ia tidak wajib
lagi memberikan nafkah kepada anak2nya. Sekiranya ia memberikan juga
nafkah kepada anak2nya, maka hal tersebut dikira sedekah, dan bukan lagi
kewajipan ke atasnya. Biasanya seorang bapa tidak akan membiarkan
anak2nya lapar, walaupun ia tahu dirinya sendiri akan kelaparan kalau ia
membelanjakan hartanya kepada anak2. Inilah sikap mulia yang ada pada
diri seorang bapa.
2] Anak2
mestilah terdiri daripada orang yang fakir. Syarat-syarat yang
mengiringi fakir terdapat pada salah satu ini iaitu fakir dan masih
kecil, fakir dan berpenyakit kronik atau fakir dan gila. Oleh itu,
sekiranya anak masih kecil, maka wajib ke atas bapa memberikan nafkah
kepada anak kecil itu. Fakir yang dimaksudkan di sini ialah tiada
kemampuan untuk bekerja. Sekiranya seorang anak itu sihat dan telah
baligh, berkemampuan untuk bekerja, maka tidak wajib lagi seorang bapa
memberikan nafkah kepada anak itu.
Sekiranya
seorang anak itu tidak dapat bekerja kerana belajar, maka perlu dilihat
dari dua sudut iaitu sekiranya ilmu yang dipelajari itu berkaitan dengan
kewajipannya sebagai individu muslim seperti ilmu akidah, ibadah, maka
ia dikira tidak dapat bekerja disebabkan belajar. Dalam hal ini wajib ke
atas bapa memberikan nafkah kepada anaknya.
Adapun ilmu
yang dipelajari itu adalah fardu kifayah, seperti perubatan, pembuatan,
dan seumpamanya, maka si bapa diberi pilihan sama ada membiayai anak
itu, atau tidak memberikan apa2 pembiayaan terhadap anak, dan anak itu
sendiri yang perlu bekerja.
Pada zaman
kini, anak2 yang ingin belajar sama ada ilmu agama atau ilmu fardu
kifayah, akan meminjam kewangan dari intitusi tertentu. Ada juga yang
bekerja sendiri. Namun kebanyakan daripada mereka akan mengambil
pinjaman PTPTN kerana menyedari ibu bapa tidak mampu membiayai yuran
yang mahal di universiti.
Kadar Nafkah
NAFKAH ANAK KEPADA IBU BAPA
Si anak juga diwajibkan memberi nafkah kepada ibu bapa. Si anak perlu membelanjakan hartanya di saat ibu bapa memerlukannya.
Syarat Wajib Nafkah Anak Kepada Ibu Bapa
1] Si anak adalah di kalangan orang senang dan melebihi keperluan hariannya bagi perbelanjaan terhadap diri sendiri dan isterinya sehari semalam. Sekiranya tidak mencukupi perbelanjaan keperluan dia dan isteri sehari semalam, maka ia tidak ditaklifkan lagi untuk memberikan nafkah kepada ibu bapa. Hal ini kerana orang yang fakir tidak diwajibkan memberikan nafkah kepada orang yang fakir sepertinya. Fakir di sini bermaksud memerlukan harta tersebut untuk keperluan diri.
2] Ibu bapa adalah di kalangan orang fakir. Fakir yang dimaksudkan di sini ialah tidak bekerja yang boleh memenuhi keperluannya sendiri, sama ada ia mampu bekerja atau tidak. Oleh itu si ibu bapa yang memiliki anak2 yang dah bekerja, sememannya si ibu bapa tidak perlu lagi bekerja. Orang yang bertanggungjawab memenuhi keperluan mereka ialah anak2.
3] Perbelanjaan ibu tidak mencukupi. Syarat ini bermaksud, nafkah ibu diwajibkan ke atas anak dalam dua keadaan: 1) si ayah sudah tidak mampu memberikan nafkah kepada ibu. 2) Si ayah sudah meninggal dunia. Ini bermakna, si anak tidak wajib memberikan nafkah kepada ibu juga dalam dua keadaan iaitu: 1) si ayah mampu memberikan nafkah kepada ibu, 2) ibu kahwin lain.
TURUTAN KEUTAMAAN PEMBERIAN NAFKAH
Setelah membelanja diri sendiri, maka orang seterusnya yang perlu dibelanja adalah berdasarkan urutan berikut:
1] isteri: segala perbelanjaan isteri perlu ditanggung oleh suami.
2] anak kecil: kerana tiada kemampuan untuk bekerja.
3] ibu
4] ayah
5] anak yang sudah besar tetapi fakir.
6] datuk
NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI
Dalam hal nafkah, nafkah inilah yang ditekankan oleh syariat untuk dilaksanakan oleh suami. Nafkah jenis inilah yang berat yang perlu diberi perhatian oleh suami. Hal ini kerana ulama telah ijmak untuk mengatakan bahawa suami wajib memberikan nafkah kepada isteri.
Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri
1] Isteri tidak menghalang suami untuk berseronok dengannya.
2] Isteri tinggal di rumah pilihan suami dan menetap di situ. Sekiranya isteri enggan tinggal di rumah pilihan suami, maka tiada kewajipan ke atas suami memberikan nafkah.
Kadar Nafkah Yang Perlu Diberikan Kepada Isteri
Nafkah kepada isteri adalah dikira, tetapi berbeza bilangan dan jenis, merujuk kepada kemampuan suami. Perbelanjaan terhadap isteri tidak dirujuk kepada kedudukannya sama ada kaya atau tidak. Tidak semestinya apabila isteri anak orang kaya, maka si suami pula perlu cukupkan keperluan isteri sebagai orang kaya. Konsep seperti adalah tidak benar dalam Islam.
Islam membahagikan kemampuan suami kepada tiga bahagian iaitu: 1] orang kaya, 2] orang sederhana, 3] orang fakir. Ketiga-tiga pembahagian ini merujuk kepada uruf masyarakat. Secara mudahnya, orang kaya perlu membelanjakan isterinya cara orang kaya, orang sederhana dengan cara sederhana, manakala orang fakir dengan cara fakir. Jangan apabila kaya, si isteri langsung tidak dibelikan apa2.Hanya memakai baju yang telah lusuh sahaja dengan alasan jimat. Si fakir pula jangan berbelanja isteri macam orang kaya, akhirnya akan merana diri kerana hutang sekeliling pinggang.
Selain itu, suami perlu memerhatikan hal berikut untuk dibelanjakan kepada isteri iaitu:
1] rumah yang bersesuaian dengan isteri. 2] Peralatan kebersihan dan kecantikan rumah. 3] Bibik sekiranya sebelum berkahwin si isteri sudah ada bibik.
No comments:
Post a Comment