Mengapa DAP Menentang Hudud
>> Wednesday, September 09, 2015
DR MAZLAN ALI MENJAWAB ISU MENGAPA DAP MENENTANG HUDUD DAN TANGGUNGJAWAB AMANAH
Assalamualaikum, Tuan Mohd Azmil
Perkara berkenaan hudud apabila dibicarakan di atas pertimbangan politik demokrasi sememangnya merumitkan.
Saya berpendapat:
Kenyataan Lim Guan Eng sebagaimana video yang diposting oleh Tuan Mohd
Azmil ada seperti berikut; "Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di
Putrajaya tidak akan melaksanakan undang2 hudud"
Saya tidak melihat kenyataan itu membawa maksud Dap 'menentang' hudud. Tuan Mohd Azmil mesti membezakan antara 'menentang' dengan 'tidak melaksana'. Dari segi makna bahasa, 'menentang' bermaksud tidak akan membenarkan sama sekali dan tiada tempoh had yg ditentukan.
Saya berpendapat kenyataan Lim Guan Eng ini dibuat berasaskan pemahaman
beliau dalam konsep dan falsafah hubungan antara negara dan undang2
moden yg dibangunkan oleh Barat, di mana negara adalah manifestasi
masyarakat (sivil) dan bukannya manifestasi agama atau tuhan.
Justeru, bagi saya kenyataan Lim Guan Eng ini sesuatu yg normal bagi manusia yg berfaham sekular.
Tetapi dari pemerhatian saya, kedudukan Dap lebih baik berbanding respon yg ditunjukka Umno, MCA dan Gerakan terhadap hukum hudud ini malah lebih dashyat sehingga membawa kepada ciri2 penghinaan terhadap hukum itu sendiri (Tuan Mohd Azmil boleh merujuk kenyataan2 menghina oleh pemimpin BN terhadap hudud sebelum ini)
Tetapi dari pemerhatian saya, kedudukan Dap lebih baik berbanding respon yg ditunjukka Umno, MCA dan Gerakan terhadap hukum hudud ini malah lebih dashyat sehingga membawa kepada ciri2 penghinaan terhadap hukum itu sendiri (Tuan Mohd Azmil boleh merujuk kenyataan2 menghina oleh pemimpin BN terhadap hudud sebelum ini)
Saya tidak pasti latar belakang pendidikan Tuan Mohd Azmil, namun saya
menyarankan supaya beliau meneliti beberapa aspek yang berkaitan dengan
perundangan Malaysia di mana ia mempunyai kaitan dengan asas
ketidaksetujuan Dap terhadap hukum hudud.
Fahamkah Tuan Mohd Azmil bahawa penolakan Dap terhadap usaha Pas membawa
enakmen hudud melalui Private Bill itu benar2 satu penentangan terhadap
agama Islam dan umat Islam seluruhnya, atau penentangan terhadap
pencabulan undang2 Perlembagaan di mana sebahagian peruntukan dalam
enakmen hudud itu memang bercanggah dengan Senarai Negeri dalam Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum Tuan Mohd Azmil membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan Dap
sebagai orang kafir yang anti-Islam dan hudud, sewajarnya bermuhasabah
terlebih dahulu adakah Pas menuruti peraturan dan prosedur sedia ada
dalam setiap langkah dan tindakan?
Kelihatannya Pas lebih kemaruk membincangkan isu pelaksanaan hudud dan
membayangkan ia seolah2 satu rukun iman yang langsung tiada ruang untuk
diperhalusi dan diperbincangkan.
Malah Pas seolah2 menghukum sesiapa yang cuba membahaskan sesuatu idea,
cara dan masa sesuai pelaksanaan hudud, dianggap oleh Pas sebagai
mempertikaikan 'aqidah dan agama Islam'.
Itulah cara Pas sejak dahulu, seolah2 menjadikan hukum hudud ini sebagai
satu pertaruhan dan meletakkan setiap batang tengkuk orang Islam antara
batas kufur, antara batas syurga dan neraka.
Sedangkan Hukum Hudud adalah kuhum Allah yang WAJIB FARDU KIFAYAH ke
atas umat Islam dan diwakilkan pelaksanaannya kepada KERAJAAN ISLAM.
Dan kita wajib beriman dan yakin dengan hukum hudud tersebut.
Wajib hukum hudud bukanlah wajib 'Aini Solat yg jika kita tinggalkan ia
wajib di qodho dan tidak ada kaedah fekah yg menggugurkan mewajiban
solat walaupun ia wajib muwassa'.
Hukum hudud ini digugurkan atau ditangguhkan dahulu jika ia (hukum
hudud) tidak mencapai maslahat ummat, bahkan membawa kemudaratan kerana
sabda Nabi SAW:
"Tinggalkan hudud dengan adanya shubhat"
Kaedah fiqhiah:
"Hudud itu gugur pelaksanaannya dengan sebab ada Shubhat dan berbagai2
syubhat yabg disebut para ulama di dakam kitab2 Qowa'id Fiqhiyyah'
Maka syubhat itu kita tasawurkan.
Usahkan Malaysia yg telah dijajah selama 446 tahun, dan penguasaan
penjajah British ratusan tahun yg telah mengubah lanskap politik,
undang2, ekonomi dan sosial sekian lama, malah negara umat Islam seperti
Mesir yang penduduknya 90 % Arab Islam pun sudah lebih 800 tahun tidak
melaksanakan hudud sedangkan Al Azhar Al Syarif dan alim ulama besar
Islam tinggal di sana (Mesir).
Tuan Mohd Azmil boleh merujuk fatwa Sheikh Nurudin Ali Goma'ah (bekas
mufti Mesir) dan Al-Musnid Dunya Sheikh Yasin al Fadani mengenai perkara
ini.
Jadi, dalam isu ini kenapa pemimpin Pas cenderung mengambil pendekatan
'marah dan menghukum' serta menyerang orang lain sehingga perbalahan
tentang hudud telah menyingkirkan golongan progresif daripada Pas.
Dan setakat hari ini walaupun Umno memberi jaminan akan menyokong Pas
(private bill), rakyat Malaysia tidak menyaksikan sebarang psrkembangan
baru dalam pelaksanaan hudud selain dari bahasa 'caci maki' dan label
buruk terhadap individu yang 'BERBEZA PANDANGAN' dengan jemaah Pas dari
peringkat tertinggi hingga ahli bawahan.
Apa yang berlaku hari ini, golongan ulama Pas (sebenarnya lulusan agama)
sentiasa menakut-nakutkan ahli yg bukan lulusan agama Uslan dengan
doktrin 'al-wala' dan ancaman dosa mempertikaikan agama atau melawan
ulama Pas.
Manakala ahli2 bawahan (terutama yang jahil dan daif dari segi sosio-ekonomi) dipasak dalam fikiran oleh ulama Pas bahawa;
"Takanlah ulama2 Pas tak cukup ilmu..."
Doktrin seperti ini telah memerangkap ahli2 bawahan ini untuk ber wala'
buta kpd pemimpin Pas sedangkan dalam Islam ketaatan yg mutlak itu
hanyalah kepada Allah dan rasul, manakala ketaatan kepada ulil amri
adalah 'bersyarat'.
Justeru, saya berpendapat kemunculan AMANAH ini amatlah tepat pada
masanya dan partii baru ini berperanan besar dalam usaha memurnikan
semula pemikiran umat Islam dari fikrah 'marah dan menghukum' Pas yg
telah merosakkan imej dan reputasi Islam sebagai agama yg rahmah,
santun, mencantum dan inklusif tanpa melihat bangsa, warna kulit,
jantina dan kelompok.
AMANAH akan memimpin gerakan arus pemurnian fikrah Islam yang sebenar
dan membebaskan cengkaman pemjumudan jemaah Pas dengan doktrin al-wala'.
AMANAH akan bergandingan dengan rakan Pkr dan Dap menadapatkan kuasa dan
suatu hari kelak, saya percaya dgn kuasa yang ada (umat Islam dgn kuasa
majoriti di Parlimen), AMANAH akan menyantuni rakyat Malaysia
termasuklah dalam perkara pelaksanaan hukum hudud apabila pelaksanaannya
akan mencapai maslahat2 ummat serta menjaminkan keizzahan Islam dan
selepas keadilan dalam pemerintahan disempurnakan iaitu dari segi
pendidikan aqidah, syariah dan akhlak, keadilan ekonomi, pembangunan
sosial dan sebagainya.
WALLAHUAKLAM
Dr Mazlan Ali
sumber :http://ikutsukaakuisa.blogspot.my/2015/09/mengapa-dap-menentang-hudud.html?zx=a21a38b25e9b6e9a
No comments:
Post a Comment