Monday, October 26, 2015

Dimanakah Tembok Besi Tempat Ya’juj Ma’juj Ditahan?

Letak Perkiraan Tembok Besi Ya’juj Ma’juj Berada 


       Apa pun tentang keberadaan dinding penutup tersebut, ia memang terbukti ada sampai sekarang di Azerbaijan dan Armenia. Tepatnya ada di pegunungan yang sangat tinggi dan sangat keras. Ia berdiri tegak seolah-olah diapit oleh dua buah tembok yang sangat tinggi. Tempat itu tercantum pada peta-peta Islam maupun Rusia, terletak di republik Georgia.
Al-Syarif al-Idrisi menegaskan hal itu melalui riwayat penelitian yang dilakukan Sallam, staf peneliti pada masa Khalifah al-Watsiq Billah (Abbasiah). Konon, Al-Watsiq pernah bermimpi tembok penghalang yang dibangun Iskandar Dzul Qarnain untuk memenjarakan Ya’juj-Ma’juj terbuka. Mimpi itu mendorong Khalifah untuk mengetahui perihal tembok itu saat itu, juga lokasi pastinya. Al-Watsiq menginstruksikan kepada Sallam untuk mencari tahu tentang tembok itu. Saat itu Sallam ditemani 50 orang. Penelitian tersebut memakan biaya besar. Tersebut dalam Nuzhat al-Musytaq, buku geografi, karya al-Idrisi, Al-Watsiq mengeluarkan biaya 5000 dinar untuk penelitian ini.
   

ZULKARNAIN DAN YAKJUJ MAKJUJ

 
Al-Quran menceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Zulkarnain dan bagaimana Zulkarnain menggunakan kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T yang menguasai dari barat ke timur dan menempa kejayaan bagi tiap satu yang dikerjakannya dengan zat Allah. Ini telah pun dibahaskan dalam Siapakah Zulkarnain dan mengapa ayat ini diturunkan kepada junjungan baginda Rasulullah S.A.W.
Bermula dengan ayat ke 82 hingga 98 dari Surah Al-Kahfi, Nabi Muhammad S.A.W diceritakan berkenaan pengembaraan Zulkarnain yang mana membongkar satu kisah yang mengaitkan kekuasaan Allah yang mencipta kejadian makhlukNya, mengatur urusan kehidupan serta memberi petunjuk kepada manusia tanda-tanda hampirnya kiamat yang mana segalanya atas ketentuanNya yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Justeru itu, antara manusia mahu mengambil peringatan atau tidak, ketetapan Allah terus berlangsung sama ada dalam kita sedar ataupun sebaliknya leka mengikut  norma kehidupan semasa

Pengembaraan ke arah Matahari Terbenam

Zulkarnain memulakan pengembaraannya ke arah matahari terbenam (barat). Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam (dipercayai Black Sea atau Laut Hitam). Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi.Di situ beliau terjumpa satu kaum manusia, yang kufur. Lalu beliau diberi pilihan oleh Allah iaitu sama ada mereka dibunuh melalui azab siksaan setelah diseru kepada mengesakan Allah ataupun diberi pilihan boleh membuat kebaikan kepada mereka dengan cara menyampaikan dakwah kepada mereka agar beriman kepada Allah. 
Picture
Kedudukan Laut Hitam "Black Sea"

Sunday, October 25, 2015

Suku Kaum Yahudi ke 13, Bangsa Khazar dan Yakjuj Makjuj


 Di antara kaum non-Bani Israel yang menganut agama Yahudi paling menonjol di dalam sejarah adalah bangsa KhazarOleh: Alwi Alatas*

     SETIAP kali mendengar istilah Yahudi, sebagian orang mungkin membayangkan istilah ini mewakili dua hal sekaligus: agama dan bangsa/ras. Dengan kata lain, Yahudi merupakan agama yang dianut oleh orang-orang berdarah Yahudi (Bani Israil). Agama Yahudi memang biasanya dinisbatkan kepada keturunan Israil (Nabi Ya’qub ’alaihis salam), yang terdiri dari 12 suku, dan bukan kepada selain mereka. Kita mengetahui bahwa di sepanjang sejarah dan juga pada hari ini, ada banyak orang-orang berdarah Yahudi yang menganut keyakinan selain Yahudi, baik Islam, Kristen, ataupun atheisme. Tapi banyak orang mungkin tidak membayangkan adanya bangsa non-Yahudi, bangsa di luar kedua belas suku Israil, yang menganut yudaisme. Kenyataannya, ada beberapa suku bangsa non-Bani Israil yang menganut yudaisme, di samping mereka yang memang berdarah Yahudi.

YAKJUJ MAKJUJ, YAHUDI, AKHIR ZAMAN

Akhir Zaman - Makhluk Perosak Yang Berketerampilan, Segak Dan Bergaya




Perkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan. Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.

Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak !! Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa as.

Tuesday, October 20, 2015

Nasihat Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya





Dalam hidup ini pasti ramai impikan untuk menjadi kaya, apa yang diinginkan dapat dipenuhi dengan mudah tanpa memikirkan pasal kos yang terpaksa digunakan atau untuk dijimatkan.
Tetapi untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah tanpa usaha dan keazaman yang tinggi.

Li Ka-Shing, lelaki terkaya di Asia dan no 14 dunia dengan jumlah kekayaan bersih sehingga USD25.5 billion telah berkongsikan satu nasihat yang amat berguna kepada rakyat Malaysia yang bergaji kira-kira RM2000.

Sebelum kita pergi kepada nasihat atau tips berkenaan, jom kita kenali siapakah sebenarnya lelaki ini, apa kisah yang menarik mengenainya dan sudah pasti nasihatnya ini berdasarkan hidupnya yang lebih awal 'makan garam' daripada kita.

Wednesday, October 7, 2015

RESEPI DAGING GULAI KICAP BUKU BESAR KELANTAN

Displaying WP_20150926_23_07_27_Pro.jpg


Resepi ini merupakan resepi yang telah hilang dari majlis kenduri kendara.
Di sini disertakan resepi asli dari allahyarham Kak Nab Kg Gertak Lembu Salor yang dipelajari dari tahun 80an dahulu lagi oleh ibu kenalan saya.

Tidak rugi untuk mencuba.


Bahan bahan
Daging 1/2 kg dikerat dlm buku buku besar
Halia 1/2 inci
Cili kisar 3 sudu besar
Bawang merah saiz kasar 15 biji
Bawang putih 2 ulas
Serai 2 batang


Bahan perapan daging
1/2 inci halia
2 sudu mkn lada hitam
1/2 cawan kicap lemak manis
Asam jawa secukup rasa
Gula garam secukup rasa


Perap daging dgn bahan perapan (4-5 jam) dan ketepikan
Tumis bwg putih.merah dan halia sehingga layu dan garing
Masukkan cili kisar
Setelah semuanya garing masukkan daging yg diperap dan 
renehkan dgn api yg kecil supaya air daging keluar dan tidak hangit. 
Tambah air ikut keperluan sehingga daging benar benar empuk.
Setelah hampir masak masukkan serai yg telah dititik.
Angkat setelah kuah agak pekat.