Monday, October 26, 2015

ZULKARNAIN DAN YAKJUJ MAKJUJ

 
Al-Quran menceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Zulkarnain dan bagaimana Zulkarnain menggunakan kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T yang menguasai dari barat ke timur dan menempa kejayaan bagi tiap satu yang dikerjakannya dengan zat Allah. Ini telah pun dibahaskan dalam Siapakah Zulkarnain dan mengapa ayat ini diturunkan kepada junjungan baginda Rasulullah S.A.W.
Bermula dengan ayat ke 82 hingga 98 dari Surah Al-Kahfi, Nabi Muhammad S.A.W diceritakan berkenaan pengembaraan Zulkarnain yang mana membongkar satu kisah yang mengaitkan kekuasaan Allah yang mencipta kejadian makhlukNya, mengatur urusan kehidupan serta memberi petunjuk kepada manusia tanda-tanda hampirnya kiamat yang mana segalanya atas ketentuanNya yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Justeru itu, antara manusia mahu mengambil peringatan atau tidak, ketetapan Allah terus berlangsung sama ada dalam kita sedar ataupun sebaliknya leka mengikut  norma kehidupan semasa

Pengembaraan ke arah Matahari Terbenam

Zulkarnain memulakan pengembaraannya ke arah matahari terbenam (barat). Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam (dipercayai Black Sea atau Laut Hitam). Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi.Di situ beliau terjumpa satu kaum manusia, yang kufur. Lalu beliau diberi pilihan oleh Allah iaitu sama ada mereka dibunuh melalui azab siksaan setelah diseru kepada mengesakan Allah ataupun diberi pilihan boleh membuat kebaikan kepada mereka dengan cara menyampaikan dakwah kepada mereka agar beriman kepada Allah. 
Picture
Kedudukan Laut Hitam "Black Sea"
Lalu beliau memberitahu kepada kaum berkenaan. sekiranya melakukan kezaliman dan penindasan akan dihukum kerana orang-orang yang zalim, apabila kembali kepada Tuhannya, akan diazab dengan azab yang pedih. Sebaliknya orang yang berbuat baik, akan diperlakukan dengan sebaik-baiknya. Bahkan mereka akan diberi ganjaran. Sepertimana Firman Allah S.W.T :
Pengembaraan ke arah Matahari Terbit

Kemudian, Zulqarnain meneruskan pengembaraannya ke arah yang bertentangan. Iaitu ke arah matahari terbit (timur). Di sana juga beliau bertemu dengan satu kaum yang ganjil dan pelik tinggal di situ. Mengikut tafsir al-Maraghi mereka tidak berpakaian dan tidak mempunyai rumah kediaman. Mereka hanya tinggal di dalam lubang-lubang tanah. Mereka hanya akan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan mengikut cara mereka tidak mengikut kebiasaan bangsa yang lain. Ia dalam erti kata lain hidup secara primitif atas kefahaman tiada perlindungan itu disamakan dengan tidak berpakaian dan kediaman sepertimana Firman Allah S.W.T :
Picture
Kelompok Manusia yang dimaksudkan primitif
Maka apa yang terjadi kepada kaum manusia tersebut? Sesunguhnya dengan kekuasaan yang berlandaskan tauhid, Zulkarnain memilih untuk menghormati kehidupan mereka dan membenarkan mereka meneruskan kehidupan pribumi mereka untuk memelihara kedaulatan mereka.

Begitulah  Zulkarnain yang beriman kepada Allah serta berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang tinggi. Sekiranya beliau berkehendakkan penjajahan dan kekayaan Sepertimana "Alexander the Great", jelas kedua-dua kaum manusia tersebut akan dihancurkannya dengan kekuasaan yang dimilikimya. Tetapi jelas, beliau tidak bertindak secara kekerasan jauh lagi menzalimi mereka, yang kufur ditangani dengan berhikmah dan yang lemah dihormati atas dasar kemanusiaan.

Pengembaraan menuju ke arah utara

Zulqarnain meneruskan pengembaraan dengan berpatah balik menuju ke arah utara (Utara Iran) . Di sana dia telah sampai ke satu laluan di antara dua banjaran gunung. Setengah ulama mengatakan tempat tersebut ialah gunung Armenia dan Azerbaijan atau dikenali gunung Caucasus. Setengah ulama berpendapat antara pergunungan Afgahanistan dan India tetapi yang paling masyhur adalah di Gunung Kaukasus. Di sebalik dua gunung itu, Zulkarnain telah menjumpai satu kaum yang tidak memahami percakapan mereka dan kaum itu pula tidak memahami percakapan Zulkarnain. Sepertimana Firman Allah S.W.T :
Ini kerana dipercayai mereka belum pernah berinteraksi dengan dunia luar. Dipercayai mereka tidak pernah melakukan sebarang aktiviti perniagaan atau mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia luar. Justeru itu, Zulkarnain telah mendapatkan khidmat seorang juru bahasa supaya dapat memahami bahasa mereka.
Picture
Gunung Kaukasus
Picture
Gunung antara dua banjaran
Lantas dengan izin Allah S.W.T, ada dikalangan penduduk berhampiran mengetahui tentang sifat kaum tersebut dan seterusnya telah membolehkan Zulkarnain berkomunikasi dengan mereka. Lalu, kaum tersebut telah memohon pertolongan dari Zulkarnain supaya membina benteng atau tembok antaranya.  Zulkarnaian di beritahu tentang wujudnya kaum yang berada antara dua gunung tersebut yang dikenali Yakjuj dan Makjuj yang sering membuat kerosakan di muka bumi, gemar membunuh manusia dan merampas bekalan makanan serta merosakkan harta benda. Justeru itu, Mereka sanggup mengumpul dana dari penduduk sebagai tawaran untuk membina tembok tersebut. Firman Allah S.W.T

Persoalan timbul, mengapa mereka tidak meminta Zulkarnain menghancurkan sahaja kaum tersebut. Bukankah beliau adalah seorang penguasa dunia ketika itu. Ini menunjukkan walaupun Zulkarnain itu seorang yang berkuasa, dia juga tidak mampu menghapuskan mereka. Kerana Yakjuj dan Makjuj itu sangat kuat. Apa yang Zulkarnain mampu hanyalah membuat satu dinding menghalang mereka keluar. Maka, Zulkarnain telah menolak tawaran dan memaklumkan, kuasa pemerintahan yang luas dikurniakan oleh Allah kepadanya lebih baik dari tawaran yang diberikan. Ungkapan itu sama seperti yang diucapkan oleh Nabi Sulaiman a.s. dalam surah an-Naml ayat 36. Firman Allah S.W.T:
Dinding (Tembok) yang dibina
Picture
Imiginasi Gambaran Tembok
Kemudian Zulkarnain meminta jasa baik penduduk disitu menyediakan tenaga-tenaga kerja yang mahir untuk bekerjasama membina dinding tersebut. Beliau  berkata, “ Tiupkan api dengan peralatan kamu supaya api menjadi lebih marak. Kemudian beliau cairkan logam besi dan tembaga dan cairannya dituang ke atas acuan dinding berkenaan iaitu antara dua pembatas yang besar iaitu dua banjaran gunung. Ibnu Abbas dan ahli tafsir Al Qur’an mengatakan bahwa ia (dinding itu) terletak di persimpangan negeri Turki dengan Rusia, berdekatan dengan pegunungan kaukasus.” Pegunungan Kaukasus tingginya berkisar antara 1000 sampai dengan 3000 meter. Ia menjadi penghalang yang tebal, teguh dan tinggi menjulang supaya Yakjuj dan Makjuj ini tidak dapat melubanginya karena ketebalannya dan tidak pula dapat memanjatnya kerana amat tinggi dan licinnya. Dinding ini dikenali sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates yang diperbuat daripada besi bercampur tembaga.

Setelah siap dibina, Zulkarnain memberi peringatan kepada penduduk di situ bahawa ini adalah satu rahmat Allah ( dapat disimpulkan tidak ada seorang pun yang akan dapat atau mampu mencapai tempat mereka begitu jga sebaliknya). Dan akan tiba masanya dinding ini akan pecah. Mereka akan mula membuat kerosakkan kembali setelah keluar dari dinding tersebut. Sepertimana Firman Allah S.W.T:

Apakah yang dimaksudkan dengan “Janji Tuhanku” ?. Penulis singkap sedikit hadis yang diriwayatkan Muslim:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
Yakjuj dan Makjuj sentiasa menggali tembok yang memisahkan mereka dengan dunia, bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”.Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”.Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Picture
Tembok telah musnah
Para Khalifah telah dihantar mencari kedudukan tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan berjaya menemui tembok berkenaan yang terletak di runtuhan bangunan purba yang telah musnah. Ini membuktikan Janji Allah itu benar,  bahawa mereka akan dilepaskan, mereka akan tersebar seperti gelombang yang pantas (maksud kepada yakjuj & makjuj) dan akan bertembung atau bercampur dikalangan semua manusia. Hanya orang yang bertakwa dan beriman dapat membezakan antara mereka. (Penerangan Hadis dan tanda hari kiamat akan diperincikan pada tajuk yang lain).




Kaum yang membantu Zulkarnain

Menurut pendapat Herodotus, kaum Georgian adalah golongan pertama yang mengetahui cara-cara pencairan dan pembentukan besi. Mereka adalah kumpulan etnik yang berasal dari Kaukasus - yang dikategorikan dalam keluarga, bahasa dan budaya etnik kawasan selatan Kaukasus.

Orang Georgia Purba
Picture
Pandangan atas dua banjaran gunung
Kenyataan ini telah mendapat sokongan kebanyakan ahli sarjana sejarah dari Georgia, yang mana mereka telah bersependapat bahawa keturunan kepada orang Georgia moden tinggal di kawasan selatan Kaukasus sejak zaman batu baru, manakala orang Georgia purba dikenali disisi masyarakat Rom dan Yunani purba sebagai kaum Kolchis.
Picture
Orang Georgia Purba
 
Kawasan selatan Kaukasus adalah asal usul kebudayaan perkembangan kemajuan tembaga yang dikenali sebagai kebudayaan Kolchis - yang mana jelas sekali kemajuan mereka dalam membentuk selain mencairkan besi, jauh sebelum bangsa lain pada lewat zaman tembaga iaitu sekitar kurun ke-15 BC hingga kurun ke-8 BC. Dalam lingkungan suku akhir kurun ke-8 BC.
Picture 
 Kaum yang terdapat di Georgia
 

Memetik artikel Bruno Coppieters - ahli sejarah bangsa Georgian - Teimuraz Mikeladze membahaskan, besi pertama kali dicipta oleh kaum Chalybs, iaitu nenek moyang orang Georgian. Merekalah memperkenalkan zaman besi dan menyumbang kepada kebudayaan manusia amnya. {5} 

Menurut Dennis R. Papazian di dalam karangannya, budaya zaman suasa mengaitkan Armenia dengan Kaukasus, Iran dan Mesopotamia, manakala zaman gangsa di Armenia dan berterusan serta berkekalan bersama era pencairan dan pertukangan besi yang secara rasminya pada lingkungan 1000 BC. {6}

Kesimpulannya, kaum atau bangsa Georgian, Kolchis dan Armenia tinggal berhampiran dan bersebelahan sesama sendiri di kawasan selatan banjaran Kaukasus yang mana mereka semua berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi. Merekalah yang menyumbangkan keperluan itu kepada Zulkarnain dalam pembinaan tembok untuk menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj) daripada menyerang mereka dari arah utara banjaran Kaukasus.


Rujukan:
1-Tafsir al-Munir-Dr. Wahbah az-Zuhaily
2-At-Tibyan fi Tafsir al-Quran -Surah al-Kahfi- Dato’ Seri Tuan Guru Hj abdul Hadi Awang.
3- Tafsir ‘Abrul Athir- Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad.
 
sumber : http://notahidupku.weebly.com/blog/pengembaraan-zulkarnain-dan-tembok-yang-dibina

1 comment:

  1. Asalammualaikum Musleeem ,Is Very interesting the History to know to Me and Others .

    Jazakumullahu Khairan .

    ReplyDelete