Assalamualaikum ustaz…
Boleh tak ustaz jelaskan apakah itu fahaman wahabi ni…ade perdapat
menyatakan wahabi ini ade lah satu mazhab…bukan ke kite hanya wajib ikut
4 mazhab sahaja(maliki,hambali,syafie dan hanafi)….ade pendapat
menyatakan mufti perlis ade lah berfahaman wahabi….adakah fahaman wahabi
ini sesat?
tolong ustaz jelaskan dan terima kasih….
Untuk jawapan bagi soalan di atas saya sertakan satu artikel yang cukup detail tentang siapakah wahabi itu…
Asal-usul Mazhab Wahhabi
Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan
asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya keliru
dengan mereka kerena mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran
Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang
merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan dengan nama
`Abd al-Wahhab yaitu bapak dan pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd
al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin
boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk
menggalakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w)
dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk
eksploitasi (istighlal).[1][2] Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan
ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri
mereka sebagai golongan al-Muwahhidun[2][3] (unitarians) kerana mereka
mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan
kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.
Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan,
adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan
pendapat-pendapat mereka seratus persen sama dengan golongan yang
dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad pertama.
Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal dari kata dasar al-Hasyw iaitu
penyisipan, pemasangan dan pemasukan. Nama ini diberikan kepada
orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadits yang dibawa masuk
ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua
hadits yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat berdasarkan
pengertian dari segi bahasa semata tanpa penilaian semula. Bahkan
sekiranya suatu “ hadits “ itu dipalsukan (tetapi orang yang
memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya),
mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama sekali apakah ada teks
hadits itu sejalan dan selaras dengan al-Qur’an, ataupun hadits yang
diakui sahih atau sebaliknya.
Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama
al-Hasyawiyyah digunakan terhadap orang-orang yang meriwayatkan
hadits-hadits sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah
sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa adanya interpretasi
terdahulu, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadits dan
Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah… Mereka bersepakat mempercayai konsep
pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa
Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad
dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh …
“[3][4]
Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat
sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas
mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama
makhluk-Nya) … sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu
ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang
menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) dengan banjir Nabi Nuh
(`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap iba seperti
suara pelana baru dan Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat
jari di setiap penjuru.”[4][5]
Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi
yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadits atau Ahl al-Hadits
dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka
memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba`
al-Sunnah.
Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi
Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah,
salah satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M.
Bapaknya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan
pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga
adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia
mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran
kitab-kitab tafsir, hadits dan akidah.
Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendahkan dan mengabaikan
syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di
Najd bahkan hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji.
Dia sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam
majlis-majlis agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul
kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.
Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan
berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di
Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah
al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur
kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam
perjalanannya ke Syam, di Basrah dia mampu memenuhi matlamatnya mencegah
banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka
dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit
menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya
dia melarikan diri ke kota al-Zabir.
Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih
berjalan kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya,
seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya
ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman
dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat
untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang
mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke
Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.
Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah
dan dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih
meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd,
yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang
berkecamuk di antaranya dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya
dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus
berlanjut hingga tahun 1153H/1740M apabila bapaknya meninggal
dunia.[5][6] Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah
mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan menepikan
amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai
kumpulannya.
Sebagian tertipu dan sebagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.
Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh
`Utsman bin Hamad kemudian menerima dan memuliakannya hingga berlakulah
ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah
mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam
perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan.
Pemerintah `Uyainah mendukung Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad
bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para
pengikutnya.
Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin
`Abd al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah
`Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu
risalah peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah.
Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa
dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “
Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai
seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya
meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.
Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd
yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian
menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai
balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan
jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu
ketetapan dimateraikan.[6][7] Penduduk Dar`iyyah mendukungnya hingga
akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai
perjanjian atau memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd
al-Ittifaqiyyah).
Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk
Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan,
mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat
kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat
al-Dar`iyyah setelah itu – pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta
yang banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para
bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan
sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci
tidak mampu diuraikan.”
“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali
al-Batin – aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak
lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan
semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh
mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli …
“[7][8]
Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn
Basyr al-Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang
banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab
memperolehinya dari serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama
para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian
meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu
dan membagi-bagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.
Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta
rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia
membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima
bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd
al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk
dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya
seperti mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta
mereka.
Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada
agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid
menurut perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk
(kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa
yang enggan maka dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah
dan hartanya.
Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di
Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria
dan `Iraq. Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota
yang mereka kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka
boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak
mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka
hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja.[8][9]
Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya
supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan
dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan
mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan
bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas
harta -harta mereka.[9][10]
Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para
pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan
kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi
mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan
serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah
kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam.
Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa
Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki
kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan
kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota
Karbala’ dengan jinayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan
tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam
atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang.
Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana,
dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang
banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja,
pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan
keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’
untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh
dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.[10][11]
Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas
kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali
sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun
1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan
itu berlaku pada hari `Ied al-Ghadir dalam memperingati ketetapan Nabi
(s.`a.w) mengenai pelantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah
selepas baginda.[11][12]
Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:[12][13]
“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan
keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan baginda (s.`a.w),
untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas
tengah malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M –
menurut catatan penyusunnya …” dengan kekacauan fikiran dan kegaluan
keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah
yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf
al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) – mereka telah memintas
jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) setelah
mereka kembali dari ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban. Mereka
membunuh sebagian besar daripadanya, terdiri dari orang-orang `Ajam,
diperkirakan 150 orang ataupun kurang …”
Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd
al-Wahhab dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang
yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau
akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh
badan dan sebagainya.
Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka
menerima hadits-hadits yang datang dari Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah
turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin
memohon keampunan?”[13][14] Sehingga dia mengatakan: “ Mereka mengakui
bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan
pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah
manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr
(89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut
kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16).
Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah
bahawa dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan
ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut
menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih
hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih
hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan
oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka
menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.
Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada
para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam – menerusi
perhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam
menelusuri bahan-bahan cetakan mereka sendiri – hingga menyebabkan
mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas
dan tidak dapat berlaku dan sesuai pada setiap masa dan zaman.
Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu,
kritikan-kritikan telah timbul karena puak Wahhabi berpegang kepada
dalil tersebut dalam perkataan mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari
segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan
menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan
dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai
kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa …”[14][15]
Penentangan Terhadap Mazhab Wahhabi
Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd
al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat,
menyeleweng dan batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan
penentangan terhadapnya adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd
al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya
adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang
berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk
menentang dan menghantamnya. Di samping itu tentangan juga datang
kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn.
Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari
al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli
ilmu, begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab
dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad
mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui
pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah
mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut
memperingatkan orang-orang mengenai bahayanya pemikiran
Muhammad…”[15][16]
Dalam keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya
`Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat
mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang
didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap
banyak persoalan agama.”[16][17]
`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat
menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh
Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui
saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami
al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam
yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab
bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga
timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan
sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.”
Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya
perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu
pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara
mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam
meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan
mereka kerananya, dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang
menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab
tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan
mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak
menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang
sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang
yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak
melakukannya…”[17][18] |
No comments:
Post a Comment