Al-Quran
menceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Zulkarnain dan
bagaimana Zulkarnain menggunakan kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah
S.W.T yang menguasai dari barat ke timur dan menempa kejayaan bagi tiap
satu yang dikerjakannya dengan zat Allah. Ini telah pun dibahaskan dalam
Siapakah Zulkarnain dan mengapa ayat ini diturunkan kepada junjungan baginda Rasulullah S.A.W.
|
Bermula
dengan ayat ke 82 hingga 98 dari Surah Al-Kahfi, Nabi Muhammad S.A.W
diceritakan berkenaan pengembaraan Zulkarnain yang mana membongkar
satu kisah yang mengaitkan kekuasaan Allah yang mencipta kejadian
makhlukNya, mengatur urusan kehidupan serta memberi petunjuk kepada
manusia tanda-tanda hampirnya kiamat yang mana segalanya atas
ketentuanNya yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Justeru itu,
antara manusia mahu mengambil peringatan atau tidak, ketetapan Allah
terus berlangsung sama ada dalam kita sedar ataupun sebaliknya leka
mengikut norma kehidupan semasa
Pengembaraan ke arah Matahari Terbenam Zulkarnain memulakan pengembaraannya ke arah matahari terbenam (barat). Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam (dipercayai Black Sea atau Laut Hitam). Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi.Di situ beliau terjumpa satu kaum manusia, yang kufur. Lalu beliau diberi pilihan oleh Allah iaitu sama ada mereka dibunuh melalui azab siksaan setelah diseru kepada mengesakan Allah ataupun diberi pilihan boleh membuat kebaikan kepada mereka dengan cara menyampaikan dakwah kepada mereka agar beriman kepada Allah. |


