Sunday, November 1, 2015

Kenali Nafsu

Nafsu adalah Tuhan yang selama ini kita sembah selain ALLAH tanpa kita sadari. Allah berfirman
dalam  surah al-Furqan ayat 43 - 44
"Adakah kamu pernah melihat orang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya maka apakah kamu dapat menjadi pemeliharanya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami ( al-Quran ). Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat jalannya ( dari binatang ternakan itu )"

Buruknya orang yang menuruti hawa nafsunya diibaratkan sebagai binatang ternak. Kata guru saya, kalau binatang liar masih pandai mencari makanan sendiri, namun kalau binatang ternak, bodoh. Allah memberitahukan kita, orang yang mengikut kehendak hawa nafsu ini lebih bodoh dan lebih sesat dari binatang ternak. 
Adakah kita termasuk golongan yang disebutkan sebagai binatang ternak oleh ALLAH?
Nafsu sememangnya ada dalam diri manusia namun mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan adalah mereka yang menuruti hawa nafsunya dan kehidupannya tunduk kepada hawa nafsu.

Kata guru saya, ciri hawa nafsu adalah apabila dipenuhi dia akan hilang. Kegembiraan untuk memiliki atau merasai sesuatu yang terbit bersumberkan hawa nafsunya akan hilang apabila dipenuhi. Contohnya, seorang pemuda yang mencintai seorang wanita akan