Sunday, June 2, 2013

Siapakah Sebenarnya Dajal Laknatullah? Mungkinkah TV



LAMBANG MATA SATU DI ATAS PUNCAK PIRAMID SEBENARNYA ADALAH KHAZANAH SIHIR YANG TELAH DISEMBUNYIKAN OLEH NABI SULAIMAN DIBAWAH HAIKAL SULAIMAN. (MASJIDIL AQSA) IANYA TELAH DITEMUI DAN DIBAWA KE EROPAH OLEH THE KNIGHT TEMPLER

#MENGAPA BETAPA PENTINGNYA LAMBANG TERSEBUT, HINGGAKAN IA DINOBATKAN PADA NOTE DOLLAR USD SERTA SELURUH MERCU TANDA THE MASON?#

LIHAT KEPADA SINONIM BERIKUT:

Tuesday, May 7, 2013

9 MIMPI RASULULLAH SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Enam Jenis Wanita Yang Buruk: jauhilah anak-anakku


SEORANG penceramah wanita di tv menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya

Sunday, April 28, 2013

SEJAHAT-JAHATNYA MANUSIA


 SEJAHAT-JAHATNYA MANUSIA


Diceritakan oleh Syu'bi daripada Khalid bin Ayub katanya;

Pada suatu masa ada seorang lelaki yang jahat hidup di kalangan Bani Israel. Beliau telah diberikan gelaran "khulayi" yang bermaksud sejahat-jahat manusia kerana kehidupannya penuh dengan mengerjakan perbuatan yang jahat dan fasik.

Pada suatu hari lalu seorang abid (ahli ibadat) Bani Israel yang diberikan kekeramatan awan sentiasa menaungi perjalanannya.

Melihat hal tersebut, maka berkatalah si khulayi' di dalam hatinya;

"Akulah sejahat-jahat manusia Bani Israel dan dia ini Abid Bani Israel. Maka jikalau aku duduk kepadanya, mudah-mudahan Allah Taala memberi Rahmat kepadaku dengan sebabnya".

Maka duduklah si khulayi' itu bersama-sama dengan si abid itu. Melihat ada manusia jahat yang duduk bersama-sama dengannya, maka berkatalah si abid di dalam hatinya;

"Aku abid Bani Israel dan dia ini khulayi' Bani Israel duduk dia bersama denganku. Aku minta dipeliharakan diriku daripada hal dirinya yang jahat itu".

Saturday, March 2, 2013

KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS

      

 Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah. 

        Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan. Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata jangkaan mereka silap. Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

     Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke Jerusalem, Umar telah bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan radhiAllahu anhu mencegah Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; Iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani. 

      Di sinilah hikayat kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan Khalifah Umar al Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al Faruq ini, dipuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah Taala menempatkan kebenaran pada ucapan Umar dan hatinya".

Tuesday, February 26, 2013

Larangan Tertarik Dengan Anak Orang Kafir



Ayat al-Quran tentang larangan tertarik hati dengan anak-anak orang kafir


"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-Taubah 9:55)


"Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)." (At-Taubah 9:85)



Read more: http://www.rahmanbashri.com/2012/07/larangan-tertarik-dengan-anak-orang.html#ixzz2M3tTANEk

Tujuh Amalan Sunah yang Tidak Pernah Ditinggalkan Rasulullah


sunah rasulDDHK News, Hong Kong – Setidaknya ada tujuh amalan sunah yang tak pernah ditinggalkan Rasulullah Saw, yaitu solat tahajud, tadabur Al-Qur’an, salat Subuh berjamaah, solat Dhuha, sedekah, menjaga wudhu, dan zikir.
Demikian dikemukakan Ustadz Muhammad Muslih Aziz (Majlis Az-Zikra Depok) dalam acara Halal Bihalal dan launching buku Keajaiban Tujuh Sunah Harian Nabi Saw di Masjid Jami’ Tsim Sha Tsui (TST) Kowloon Hong Kong, Ahad (23/9), yang diadakan Perpustakaan Muhasabah BMI Hong Kong.
“Solat tahajud bisa mereformasi diri. Tadabur Al-Qur’an bagi mereformasi diri. Solat subuh berjamaah bagi meraih kemuliaan. Solat Dhuha bisa menjemput rezeki. Sedekah bagi mengundang berkah. Menjaga wudhu bagi menebar pesona. Terus berzikir memberikan kedamaian setiap hari,”  jelas Ust. Muslih yang juga salah satu penulis buku tersebut.
Dikatakannya, Rasulullah Saw adalah manusia biasa seperti kita, hanya saja Allah memberikan keistimewaan pada beliau, maka alangkah baiknya kita sebagai manusia juga mencontoh perilaku Nabi dalam hal apa pun.
“Mereka yang gemar menghidupkan sunah-sunah harian itu merupakan salah satu tanda bahwa mereka tergolong oang-orang cerdas yang mampu mengelola hidup sesaat dengan menghidupkan sunah kekasih-Nya,”tambahnya.
Dijelaskannya, hikmah tahajud di antaranya dihindarkan dari segala bentuk bala, terpancarnya aura kesolehan,  disukai dan dicintai orang soleh, wajah selalu bercahaya, dan menerima buku catatan amal dari tangan kanan. Nabi SAW juga tidak pernah melewatkan waktu setelah tahajud tanpa membaca A -Qur’an, begitu juga dengan solat Subuh berjamaah di masjid.
Sebelum mengakhiri tausiyah, Ust. Muslih memberikan pertanyaan kepada jamaah dan memberikan kenang-kenangan yang sudah disiapkan oleh panitia. Acara ditutup dengan zikir dan doa bersama. (Hana Zhera/Nisa Amelia/ddhongkong.org).*
- See more at: http://www.ddhongkong.org/tujuh-amalan-sunah-yang-tidak-pernah-ditinggalkan-rasulullah/#sthash.OYqCRZlh.dpuf