Saturday, December 28, 2013

RESEPI KUIH MANJA





RESEPI KUIH MANJA



BAHAN-BAHAN UTK KULIT
2 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1sudu besar marjerin cair

Cara: pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

BAHAN UNTUK INTI:
1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarna

cara cara: satukan semua bahan dan masak sehingga likat dan berkilat.

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas dapur leper, apabila kering, lekatkan secebis inti di bahagian tengah dan angkat apabila cukup masak.

Sedia untuk dihidangkan.

sekian.

Wednesday, December 25, 2013

Hajjaj : .....sambungan

Hajjaj; Panglima Perang Yang Ditimpakan Balasan Kerana Kekejamannya
Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi adalah nama tidak asing kepada peminat sirah Islam. Al-Hajjaj adalah panglima yang hidup sezaman dengan ramai tokoh tabiin dan sahabat. Beliau dipercayai lahir pada awal Jun 661 Masihi bersamaan dengan 40 Hijrah. Al-Hajjaj dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sehingga hampir menenggelamkan jasanya meluaskan empayar Islam Umayyah dalam jangka masa yang singkat.
Antara kontroversi paling diingati yang membabitkan Al-Hajjaj adalah membunuh hampir ribuan nyawa atas nama politik termasuk anak sahabat Rasulullah saw iaitu Abdullah bin Zubair bin Awwam. Dalam peristiwa pembunuhan Abdullah bin Zubair, ramai tokoh sirah Islam seperti Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al-Bidayah menceritakan bagaimana dashyat dan ngerinya pembunuhan Abdullah bin Zubair ini.

Hallaj : Kisah Lagenda Sufi dan Tasawwuf

LEGENDA DAN KISAH AL-HALLAJ


      Dari mana al-Husayn Ibn Manshur mendapatkan nama panggilan al-Hallaj, nama yang jika diterjemahkan berarti “pemintal”? sepenuturan Aththar, kisah itu berbunyi begini: Syahdan, al-Husayn Ibn Manshur melewati sebuah gudang katun ketika dia melihat selonggok bunga kapas. Saat itu dia menunjuk longgokan tersebut, tiba-tiba saja biji-biji kapasanya terpisah dari serat kapasnya. Karena itulah dia dipanggil al-Hallaj. Dia juga diberi julukan Hallaj al-Asrar­---- ”pemintal Hati”, karena dia memiliki kemampuan untuk membaca pikiran orang dan menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka bahkan sebelum mereka bertanya.

    Al-Hallaj terkenal karena kekuatan dan kemampuannya yang menakjubkan. Salah seorang muridnya mencritakan kisah berikut ini:
      

Hajjaj : Iktibar Kisah Pemerintah Islam yang Kejam Buat Ummat

Kisah Hajjaj dan Sa'id  Bin Jubair

Al Hajjaj turut memanggil Kamil bin Ziyad an Nakahi'e dan menyoal soalan yang sama. Kamil menjawab dengan tegas yang beliau tidak mengaku kekufurannya hanya kerana tidak menyebelahi al Hajjaj ketika peperangan berlaku. Al Hajjaj menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya dan Kamil menjawab,

"Hukumlah menurut hukumanmu. Kita akan bertemu di hadapan Allah kelak dan ada perhitungan selepas pembunuhan ini," jawab Kamil tenang.

"Pada hari itu, segala hujah tidak akan berpihak kepada engkau", balas al Hajjaj

"Itu jika engkau yang menjadi hakim ketika itu", dengan pantas Kamil membidas.

Kamil dibawa ke hadapan dan terus dibunuh. Setelah itu, dibawa pula seorang lelaki yang sangat dibenci oleh al Hajjaj. Al Hajjaj berharap dapat membunuhnya kerana laporan yang diterimanya lelaki tersebut selalu mencacinya.

"Saya melihat di hadapan saya ini seorang lelaki yang saya rasa tidak akan mengaku sebagai kafir", kata al Hajjaj kepada orang ramai.

"Jangan engkau cuba memerangkap saya. Saya adalah penduduk bumi yang paling kufur. Malah kekufuran saya lebih dahsyat daripada Fir'aun", jawab lelaki itu.

Wednesday, December 11, 2013

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban?


Ada yang tidak dapat difikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi kita melibatkan hampir semua perintah Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Contohnya larangan seorang Muslim tidak boleh minum sambil berdiri. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helaian rambut yang sudah memutih atau dipanggil uban.

Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya " ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ' Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).

Tuesday, November 12, 2013

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Isteri Basyir bin Saad al-Anshari meminta suaminya supaya memberikan harta yang berharga kepada seorang anaknya yang bernama al-Nu’man bin Basyir RA. Dia menyuruh suaminya berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda boleh menjadi saksi di atas pemberian sejumlah harta kepada anaknya itu. Maka Basyir pun mendatangi Rasulullah SAW, kemudian berkata: ”Wahai Rasulullah SAW, isteriku meminta supaya aku memberikan harta untuk anakku si polan dan aku mahu supaya kamu menjadi saksinya. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ”Apakah anak-anakmu mempunyai saudara-saudara yang lain?” Basyir menjawab: Ada! Rasulullah bertanya lagi: Adakah semua mereka engkau berikan hamba sahaya seperti engkau berikan kepada anakmu yang itu? Jawab Basyir: Tidak! Rasulullah SAW bersabda: ”Perbuatan seperti itu adalah tidak patut dilakukan dan aku tidak boleh menjadi saksi, kecuali atas yang hak dan benar sahaja.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

CARA CARA MEMBAIKI JALA ATAU JARING (BERGAMBAR)

Assalamu'alaikum WBT.

Memiliki jala atau pukat mahupun jaring memerlukan minat dan kemahiran yang tertentu.
Diantara kemahiran atau "skill" yang diperlukan ialah apabila jaring tersebut telah koyak.

Disini saya sertakan cara cara ringkas (secara bergambar) cara cara membaiki (menyirat) jala yang koyak.






Semoga anda mendapat manfaat seperti saya.

Friday, September 27, 2013

Membezakan kasih sayang punca anak derhaka

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Isteri Basyir bin Saad al-Anshari meminta suaminya supaya memberikan harta yang berharga kepada seorang anaknya yang bernama al-Nu’man bin Basyir RA. Dia menyuruh suaminya berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda boleh menjadi saksi di atas pemberian sejumlah harta kepada anaknya itu. Maka Basyir pun mendatangi Rasulullah SAW, kemudian berkata: ”Wahai Rasulullah SAW, isteriku meminta supaya aku memberikan harta untuk anakku si polan dan aku mahu supaya kamu menjadi saksinya. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ”Apakah anak-anakmu mempunyai saudara-saudara yang lain?” Basyir menjawab: Ada! Rasulullah bertanya lagi: Adakah semua mereka engkau berikan hamba sahaya seperti engkau berikan kepada anakmu yang itu? Jawab Basyir: Tidak! Rasulullah SAW bersabda: ”Perbuatan seperti itu adalah tidak patut dilakukan dan aku tidak boleh menjadi saksi, kecuali atas yang hak dan benar sahaja.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Wednesday, September 18, 2013

Ikan Kukus Limau Kasturi


1 ekor ikan siakap / ikan kerapu / ikan merah / ikan bawal putih /  bream / seabass
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah

bahan A
3 sudu besar jus limau kasturi
2 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung

bahan B
5 - 10 biji cili padi
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah or putih
Directions

Cuci ikan dan gaul dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah.letak sebelah..

Hiris halus semua bahan B..

Campur bahan B dengan bahan A dalam satu bekas lain dari ikan..

Panaskan pengukus dan letak bekas tahan panas...

Masukkan ikan...then tuang bahan2 cerenet tu (bahan A+B) rata2 kat atas ikan...

Masa mengukus bergantung pada saiz ikan..biasanya tak lama...dlm 15minit mcm tu...
kalau ikan dah masak, isi ikan akan bertukar jd putih...mata dia pun putih...

agak2 nak sedap laie...hiris asam boi..campak jugak dlm tuh...

sekian...

Ikan Kukus Air Asam




Bahan-Bahan :

1) Semangkuk kecil air asam jawa
2) 1/1/2 inci halia - tumbuk & perah dapatkan airnya
3) 1 batang serai - dihiris
4) 1 biji bawang besar - dihiris
5) 1 inci halia - dihiris
6) 6 biji lada kecil - dihiris
7) 1 biji lada merah besar - dihiris
8) 2/1/2 sudu besar sos ikan
9) 1 sudu besar sos tiram
10) Seekor ikan 
11) sedikit garam


Cara - cara :

1) Masukkan semua bahan dan ikan pastu kukus sampai ikan masak. If nak hias , hias dengan hirisan serai , bawang , lada semua. Tomato pon boleh guna. 



Simple dan mudah kan? Yg penting sihat. hehe. Selamat mencuba!


Friday, September 6, 2013

Hukum Meminta Jawatan

Ulama berselisih pendapat tentang hukum meminta jawatan kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Haram meminta jawatan.


DALIL HARAM MEIMNTA JAWATAN:

Dalil 1:

عَنْ عَبدِالرَّحمنِ بنِ سَمرةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ ِلي رسولُ الله؟: «يَا عبدَالرّحمنِ ابنَ سَمرةَ، لا تسْأل الإِمارةَ، فإنْ أُعطيتَها عَن مسْألةٍ وُكِلتَ إليهَا، وإنْ أُعطيتَها عَنْ غيِر مسْألةٍ أُعنتَ علَيها». متفق عليه

Dari Abdurrahman bin Samurah ra berkata: Rasulullah saw bersabda “ Hai Abdur Rahman bin Samurah janganlah kamu meminta jawatan , sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya Allah akan menyerahkannya untukmu menguruskannya (tanpa bantuan Allah), sekiranya engkau memperolehinya dengan tanpa memintanya Allah akan membantunya.” Hadis sahih Bukhari 6248 dan Muslim.

Wednesday, September 4, 2013

RESEPI SAMBAL TAHUN JAWA




Cara membuat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sambal tahun ialah lengkuas, halia, bawang kecil, bawang putih, cili burung, ikan bilis, belacan, gula, garam, sos tiram, taucu, asam jawa, gula kabung.
"Ada bahan yang dihiris dan ada yang ditumbuk. Sebahagian bawang merah, bawang putih dan lengkuas dihiris halus dan selebihnya ditumbuk bersama sedikit halia, belacan, cili burung, ikan bilis.
"Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat. Apabila bahan tumisan garing sedikit, masukkan taucu bersama sos tiram," ujarnya bahan-bahan yang digunakan disukat mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila sudah sebati, masukkan cili padi diikuti dengan hirisan lengkuas. Masukkan dua mangkuk air dan gula kabung secukup rasa, biarkan seketika hingga mereneh.
Akhir sekali, masukkan isi kerang yang telah direbus bersama air asam jawa dan sedikit serbuk perasa. Biarkan beberapa minit hingga kerang mesra dengan kuah.
Lengkuas dan taucu merupakan bahan yang wajib ada dalam pembuatan sambal tahun. Jika tiada, sambal tahun tidak menjadi.
Sambal tahun enak dimakan bersama nasi putih panas tanpa digandingkan dengan lauk-pauk yang lain.
"Gula kabung dimasukkan bagi memberikan rasa manis untuk mengimbangi rasa pedas pada sambal selain memekatkan kuah.
"Sambal tahun versi original tanpa santan. Jika dicampur santan, ia akan memberikan rasa pedas sahaja dan hilang rasa bahan-bahan yang lain. Jika dipanaskan selalu, ia akan pecah minyak," katanya sambil memberitahu kerang yang digunakan boleh digantikan dengan kulit lembu.
Bagaimanapun, jika menggunakan kulit lembu, lama-kelamaan kuah sambal tahun akan berlendir dan kulit lembu menjadi lembik.
Ada juga yang menyediakan sambal ini dengan menggunakan ikan bilis semata-mata sebagai ramuan utama, namun untuk menghasilkan sambal tahun yang sedap ialah menggunakan kerang.
"Sambal ini semakin dipanaskan, semakin sedap dan semakin pedas kerana cilinya pecah. Ia mampu bertahan sehingga dua minggu jika sentiasa dipanaskan.
"Kalau malas nak panaskan, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh tahan sehingga dua bulan," ujarnya sambil memberitahu nama sambal tahun diberi kerana ia dibuat setahun sekali.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2duP5IEqk 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, July 17, 2013

RAHSIA SOLAT TERUNGKAI | WAJIB BACA Oleh Semua UMAT ISLAM



 Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang.



Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU ASLI



Untuk memastikan bahawa gulai tersebut lebih sedap, petua yang diberi oleh tuan punya resepi adalah sebaik-baiknya gulai dibuat 3 hari lebih awal dan dipanaskan sehari sekali bagi memastikan rasanya sebati dengan ikan tongkol.

Mohon kepada sesiapa yang sudah masak menggunakan resepi ini, tolong doakan kepada tuan empunya resepi yang bagi kat saya agar dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki ya.

Wassalam.

Monday, June 24, 2013

Bagaimana Perancangan Yahudi dan Nasrani merosakkan umat manusia



Inilah perancangan Syaitan dan kuncunya iaitu yahudi dan nasrani:


 "Kita tidak bisa menjaga orang yang hidup bertuhankan yang maha esa daripada pergi ke rumah-rumah tuhan mereka. Kita tidak bisa mencegah mereka membaca kitab-kitab dari tuhan mahupun utusan tuhan mereka dan mengetahui kebenaran. Kita bahkan tidak bisa mencegah mereka membentuk hubungan baik dengan penyelamat mereka. Begitupun mereka mendapatkan hubungan dengan para alim di antara mereka maka akan rosak kuasa kita atas mereka . Jadi biarkan mereka pergi ke rumah-rumah tuhan mereka; biarkan mereka menikmati juadah makan malam mereka tetapi curi waktu mereka, sehingga mereka tidak punya waktu untuk mengembangkan hubungan yang nyata dengan para alim ulama mereka. "Ini adalah apa yang saya ingin anda lakukan", kata si setan. "Alihkan mereka daripada kebenaran yang sejati dari memelihara hubungan yang amat diperlukan sepanjang hari!" Bagaimanakah kita akan melakukan ini? "Teriak Syaitan." Buat mereka sibuk di waktu terluang mereka dan mencipta tatacara hidup yang tak terhitung jumlahnya untuk menduduki fikiran mereka, " dia menjawab ;

Monday, June 10, 2013

Anak-anak: Kisah Cicak




Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

wallhu'alam.

Fitnah Dajjal: Teknologi dan Sains


  1. Lakaran grafik tentang makhluk asing oleh barat.
    Gambar diatas adalah dari rakaman sendiri dari telefon bimbit seorang kawan semasa melakukan aktiviti memasang bendera parti semasa PRU ke 13 di Bangi, Malaysia. 
    Adakah kebetulan yang "makhluk asing" ini singgah di atas kereta tersebut?
    Nah... fikirkanlah apa tujuan pihak barat menyajikan berita khusus penemuan alien di  channel sains di rangkaian tv.

    p/s: Sudah pasti kita semua yakin yang bertenggek tersebut adalah hantu/ jin.
    Posting ini adalah susulan daripada beberapa kesimpulan yang dapat saya garapkan setelah beberapa hari menonton siri The Arrival (50 siri kesemuanya).
    Kesimpulan bagi posting ini adalah:
    Dajjal mungkin memperdaya (deception) pelbagai golongan manusia dengan kaedah sains dan teknologi:

Wednesday, June 5, 2013

KISAH ISRA' DAN MIKRAJ

Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj

Kisah Israk Mikraj yang diambil dari buku Catatan Sejarah Rasulullah saw susunan Syeikh Nasaruddin Awang. Mungkin agak panjang tetapi ianya boleh membantu kita membacanya terutamanya jika kita di dalam perjalanan atau musafir. BERSEMPENA 27 Rejab 1434 hijrah!!


Israk Mikraj

Peristiwa ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian ayah saudara Baginda iaitu Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga termasuk peristiwa dukacita ialah penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasihNya.

Tuesday, June 4, 2013

Anak-anakku : Kenapa susahnya bangun tidur


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.

Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi dia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas.” 

Monday, June 3, 2013

BAYI SUSU IBU - thanks MOM!

Hukum membesarkan payudara : Untuk para Isteri - HUKUM KONTEMPORARI

Permasalahan 1;


Kod Rujukan Soalan

1mbnq

Soalan

Saya bertanya bagi pihak kawan saya yang ingin membuat pembedahan untuk
mengetatkan vagina dan membesarkan payudaranya yang kecil. Mengikutnya ,
dia ingin melakukan ini semata-mata untuk kepuasan suaminya. Adakah
perbuatannya haram?

Jawapan

Jika tujuannya adalah untuk kepuasan suami dan pembedahan itu tidak
memudharatkan dirinya, dia harus berbuat demikian.

VALUABLE TIPS :KEYBOARD KEY





VALUABLE TIPS :KEYBOARD KEY

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)

1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)

Sunday, June 2, 2013

Siapakah Sebenarnya Dajal Laknatullah? Mungkinkah TV



LAMBANG MATA SATU DI ATAS PUNCAK PIRAMID SEBENARNYA ADALAH KHAZANAH SIHIR YANG TELAH DISEMBUNYIKAN OLEH NABI SULAIMAN DIBAWAH HAIKAL SULAIMAN. (MASJIDIL AQSA) IANYA TELAH DITEMUI DAN DIBAWA KE EROPAH OLEH THE KNIGHT TEMPLER

#MENGAPA BETAPA PENTINGNYA LAMBANG TERSEBUT, HINGGAKAN IA DINOBATKAN PADA NOTE DOLLAR USD SERTA SELURUH MERCU TANDA THE MASON?#

LIHAT KEPADA SINONIM BERIKUT:

Tuesday, May 7, 2013

9 MIMPI RASULULLAH SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Enam Jenis Wanita Yang Buruk: jauhilah anak-anakku


SEORANG penceramah wanita di tv menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya

Sunday, April 28, 2013

SEJAHAT-JAHATNYA MANUSIA


 SEJAHAT-JAHATNYA MANUSIA


Diceritakan oleh Syu'bi daripada Khalid bin Ayub katanya;

Pada suatu masa ada seorang lelaki yang jahat hidup di kalangan Bani Israel. Beliau telah diberikan gelaran "khulayi" yang bermaksud sejahat-jahat manusia kerana kehidupannya penuh dengan mengerjakan perbuatan yang jahat dan fasik.

Pada suatu hari lalu seorang abid (ahli ibadat) Bani Israel yang diberikan kekeramatan awan sentiasa menaungi perjalanannya.

Melihat hal tersebut, maka berkatalah si khulayi' di dalam hatinya;

"Akulah sejahat-jahat manusia Bani Israel dan dia ini Abid Bani Israel. Maka jikalau aku duduk kepadanya, mudah-mudahan Allah Taala memberi Rahmat kepadaku dengan sebabnya".

Maka duduklah si khulayi' itu bersama-sama dengan si abid itu. Melihat ada manusia jahat yang duduk bersama-sama dengannya, maka berkatalah si abid di dalam hatinya;

"Aku abid Bani Israel dan dia ini khulayi' Bani Israel duduk dia bersama denganku. Aku minta dipeliharakan diriku daripada hal dirinya yang jahat itu".

Saturday, March 2, 2013

KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS

      

 Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah. 

        Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan. Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata jangkaan mereka silap. Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

     Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke Jerusalem, Umar telah bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan radhiAllahu anhu mencegah Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; Iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani. 

      Di sinilah hikayat kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan Khalifah Umar al Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al Faruq ini, dipuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah Taala menempatkan kebenaran pada ucapan Umar dan hatinya".

Tuesday, February 26, 2013

Larangan Tertarik Dengan Anak Orang Kafir



Ayat al-Quran tentang larangan tertarik hati dengan anak-anak orang kafir


"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-Taubah 9:55)


"Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)." (At-Taubah 9:85)



Read more: http://www.rahmanbashri.com/2012/07/larangan-tertarik-dengan-anak-orang.html#ixzz2M3tTANEk

Tujuh Amalan Sunah yang Tidak Pernah Ditinggalkan Rasulullah


sunah rasulDDHK News, Hong Kong – Setidaknya ada tujuh amalan sunah yang tak pernah ditinggalkan Rasulullah Saw, yaitu solat tahajud, tadabur Al-Qur’an, salat Subuh berjamaah, solat Dhuha, sedekah, menjaga wudhu, dan zikir.
Demikian dikemukakan Ustadz Muhammad Muslih Aziz (Majlis Az-Zikra Depok) dalam acara Halal Bihalal dan launching buku Keajaiban Tujuh Sunah Harian Nabi Saw di Masjid Jami’ Tsim Sha Tsui (TST) Kowloon Hong Kong, Ahad (23/9), yang diadakan Perpustakaan Muhasabah BMI Hong Kong.
“Solat tahajud bisa mereformasi diri. Tadabur Al-Qur’an bagi mereformasi diri. Solat subuh berjamaah bagi meraih kemuliaan. Solat Dhuha bisa menjemput rezeki. Sedekah bagi mengundang berkah. Menjaga wudhu bagi menebar pesona. Terus berzikir memberikan kedamaian setiap hari,”  jelas Ust. Muslih yang juga salah satu penulis buku tersebut.
Dikatakannya, Rasulullah Saw adalah manusia biasa seperti kita, hanya saja Allah memberikan keistimewaan pada beliau, maka alangkah baiknya kita sebagai manusia juga mencontoh perilaku Nabi dalam hal apa pun.
“Mereka yang gemar menghidupkan sunah-sunah harian itu merupakan salah satu tanda bahwa mereka tergolong oang-orang cerdas yang mampu mengelola hidup sesaat dengan menghidupkan sunah kekasih-Nya,”tambahnya.
Dijelaskannya, hikmah tahajud di antaranya dihindarkan dari segala bentuk bala, terpancarnya aura kesolehan,  disukai dan dicintai orang soleh, wajah selalu bercahaya, dan menerima buku catatan amal dari tangan kanan. Nabi SAW juga tidak pernah melewatkan waktu setelah tahajud tanpa membaca A -Qur’an, begitu juga dengan solat Subuh berjamaah di masjid.
Sebelum mengakhiri tausiyah, Ust. Muslih memberikan pertanyaan kepada jamaah dan memberikan kenang-kenangan yang sudah disiapkan oleh panitia. Acara ditutup dengan zikir dan doa bersama. (Hana Zhera/Nisa Amelia/ddhongkong.org).*
- See more at: http://www.ddhongkong.org/tujuh-amalan-sunah-yang-tidak-pernah-ditinggalkan-rasulullah/#sthash.OYqCRZlh.dpuf

Sunnah Rasulullah? Amalan Yahudi?





Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

Saturday, February 23, 2013

Info Tambahan Kewajipan Solat Jumaat bagi Musafir





Info Tambahan Kewajipan Solat Jumaat bagi Musafir

Pagi tadi sambil mendengar IKIM.fm, ada rancangan bersama salah seorang yang amat saya minati iaitu Syeikh Nuruddin Al Marbu Al Makki Al Banjari berkenaan topik Jumaat. Ditanya oleh salah seorang pendengar tentang kewajipan menunaikan Fardhu Jumaat bagi lelaki yang bermusafir. Agak terkejut juga kerana baru kali ini saya mengetahui bahawa sekiranya kewajipan Solat Jumaat hanya akan terlepas sekiranya seseorang tu memulakan perjalanan sebelum masuknya waktu subuh pada hari jumaat tersebut.

Alhamdulillah, tanpa disangka saya mendapat satu lagi ilmu. Semoga Allah merahmati Tuan Syeikh dan semua yang terlibat. Wallahua'lam.

Sunday, February 17, 2013

(Renungan untuk anakku) Kisah Pemuda Ber Ibu dan Ber Bapakan Babi



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Wednesday, February 6, 2013

FOTO-FOTO EKSKLUSIF PENINGGALAN RASULULLAH SAW


FOTO-FOTO EKSKLUSIF PENINGGALAN RASULULLAH SAW

Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan sang pribadi mulia panutan alam?? Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekaaat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….

Foto-foto ini semua adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Musim peninggalan Nabi di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah …
Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …

Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia



Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia

Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia. Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini.1

Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam



Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam


”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

9 Soalan dan Jawapan daripada AlQuran


9 Soalan dan Jawapan daripada AlQuran



Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).