Monday, June 3, 2013

Hukum membesarkan payudara : Untuk para Isteri - HUKUM KONTEMPORARI

Permasalahan 1;


Kod Rujukan Soalan

1mbnq

Soalan

Saya bertanya bagi pihak kawan saya yang ingin membuat pembedahan untuk
mengetatkan vagina dan membesarkan payudaranya yang kecil. Mengikutnya ,
dia ingin melakukan ini semata-mata untuk kepuasan suaminya. Adakah
perbuatannya haram?

Jawapan

Jika tujuannya adalah untuk kepuasan suami dan pembedahan itu tidak
memudharatkan dirinya, dia harus berbuat demikian.


Soalan ditanya pada 23 jun 2009


Permasalahan 2;

Kod Rujukan Soalan

wc6nv

Soalan

Jika seorang isteri telah melalui pembedahan pembesaran payudara dengan
memasukkan gel silicone ke dalam payudaranya,perlukah ianya di keluarkan
sekiranya dia meninggal dunia? Begitu juga perlukah alat perancang IUCD
yang dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor untuk tujuan merancang keluarga
dikeluarkan jika berlaku kematian kepada isteri.

Jawapan

Tidak perlu jika melalui proses pembedahan yang boleh memudharatkan dan
menyakitkan pemakainya.


Soalan ditanya pada 10 dis 2009

Permasalah 3;

Kod Rujukan Soalan

euy2v

Soalan

Assalamualaikum. Suami saya hanya boleh mencapai kepuasan seks dengan saya
hanya jika dia berfantasi seks yang saya sedang atau pernah melakukan
hubungan seks terlarang dengan orang lain. Suami juga suka melibatkan saya
dengan fantasi nya itu dengan menyuruh saya 'bercerita' tentang hubungan
seks dengan orang lain selain dia' sambil melakukan hubungan seks bersama
saya. Apakah hukum perbuatan tersebut. Saya rasa tidak selesa. Suami
menyatakan puncanya kerana saya sudak tidak menarik lagi dan sudah gemuk.
Jadi bolehkah saya melakukan pembedahan tummy tuck (buang kulit perut yang
menggeleber) bagi tujuan tersebut. Untuk pengetahuan tuan, saya takut
suami akan mencuba hubungan sulit dengan orang lain kerana saya pernah
nampak suami keluar dari bilik pembantu dalam keadaan yang....tolonglah.

Jawapan

Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum perbuatan tersebut adalah haram.
Anda boleh menjalankan pembedahan tersebut. Semoga suami anda akan
tertarik kembali kepada diri anda. Wallahu �alam.

Soalan ditanya pada 15 jan 2009


semoga info ini memberi manfaat kepada yang para isteri dan suami yang saling sayang menyayangi..... 

No comments:

Post a Comment