Tuesday, December 2, 2014

HUKUM MENGENAI JIHAD DI TIMUR TENGAH

Seruan jihad di Syria menyalahi Maqasid Syariah


        Ibadah jihad seperti ibadah lain, mempunyai syarat serta peraturan yang mesti dipenuhi dan dipatuhi ketika melaksanakannya. Ia bukan suatu ibadah yang tertegak dengan sentimen dan luapan emosi yang melulu tanpa batasan. Ia juga bukan seruan kosong yang dilaungkan tanpa makna dan erti.
        Sejauh mana benarnya puak yang meniupkan semboyan jihad pada hari ini, itu suatu persoalan yang perlu dinilai menurut dalil syarak dan ketetapan hukum. Sesuatu perkataan Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan Islam, banyak perkataan Arab sudah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah syarak.
       Dalam Bahasa Arab, 'jihad' berasal daripada perkataan 'juhdu' atau 'jahdu' yang bermaksud 'kerahan tenaga dengan bersungguh-sungguh' (Mukhtar Al-Sihah 1/119). Tetapi, 'jihad' menurut syarak hanya membawa suatu makna iaitu 'menentang orang kafir (harbi) di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya'.
       Definisi ini memberi petunjuk sebab utama jihad disyariatkan bukan kerana kekufuran orang kafir semata-mata, tetapi kerana 'Al-Hirabah' mereka iaitu menzahirkan permusuhan terhadap nyawa dan harta umat Islam.

Sunday, August 17, 2014

NAFKAH BAGI IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK.

SUMBER : http://nuradzim.wordpress.com/tag/nafkah/

NAFKAH
Takrif Nafkah
Nafkah daripada segi bahasa adalah mengeluarkan atau menghabiskan. Perkataan nafkah hanya digunakan dengan makna yang baik sahaja. Daripada segi istilah, nafkah adalah semua perkara yang diperlukan oleh manusia. Contohnya makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
 Jenis Nafkah
1. Nafkah manusia kepada dirinya sendiri.
2. Nafkah usul kepada furu’.
3. Nafkah furu’ kepada usul.
4. Nafkah suami kepada isteri.
5. Nafkah-nafkah lain.
  
1. Nafkah Manusia Kepada Dirinya Sendiri.
Nafkah kepada diri sendiri merupakan nafkah yang paling rendah, jika mampu. Ia hendaklah didahulukan daripada nafkah-nafkah yang lain. Nafkah kepada diri sendiri meliputi semua perkara yang diperlukan oleh seseorang manusia seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya. Nafkah yang diwajibkan terhadap diri sendiri hendaklah diambil daripada hartanya sendiri, selagi dia memiliki harta yang boleh digunakan sebagai nafkah.

NAFKAH BAGI IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK.

Sambungan bahagian1

Sumber 1:http://fikahhadith.blogspot.com/2012/10/nafkah.html

Nafkah



Apabila kita telah mengikat tali pernikahan, maka aspek kewangan adalah sangat penting dalam rumah tangga. Segala sudut sama ada dari segi perbelanjaan harian, air, api, kereta, rumah dan sebagainya adalah sangat penting bagi sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, Islam telah menetapkan hukum-hakam berkaitan dengan nafkah agar suami dan isteri dapat memainkan peranan mereka dalam rumah tangga.



Maksud Nafkah



Nafkah bermaksud segala perkara yang diperlukan oleh seseorang insan yang terdiri daripada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.



Pada zaman kini, untuk mendapatkan tempat tinggal, agak sukar kerana harganya terlalu mahal. Oleh yang demikian, bagi mereka yang belum mendapat kerja tetap, atau pendapatan kurang mencukupi, akan tinggal bersama ibu bapa atau mertua terlebih dahulu sebelum mendapat rumah sendiri.



Dinamakan nafkah kerana pendapatan yang diperolehi setiap bulan, akan dibelanjakan untuk keperluan2 yang telah disebutkan di atas. 



PEMBAHAGIAN NAFKAH



Nafkah terbahagi kepada lima bahagian iaitu: 1] nahkah terhadap diri sendiri, 2] nafkah orang tua kepada anak, 3] nafkah anak kepada orang tua, 4] nafkah suami kepada isteri, dan perbelanjaan lain-lain.  


TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI (bahagian 2): IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK ??

Sambungan dari sumber lain....

Sumber 2 : http://dirihamba.blogspot.com/2013/02/turutan-kewajipan-anak-lelaki-suami.html


Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.



Pic ini secara ringkas kewajipan dan keutamaan kita sebagai suami atau isteri

TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI (bahagian 1): IBU BAPA ATAU ISTERI DAN ANAK ??




Pening kepala kalau bincang pasal bab ni.

Untuk memudahkan bagi yang sering tertanyakan permasalah ini disisipkan maklumat dari pelbagai sumber.

Sumber 1 : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html

Assalamualaikum.
Sudut Ilmu hari ini: Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana didahulukan?

Hehe, jangan ade yang nak hentam aku plak kerana entry ni, its just my personal point of view dan sedikit ilmu yang diperoleh dari laman sosial dan sumber asalnya adalah dari sini.

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.


Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.


Tuesday, August 12, 2014

Cara cara buat lemang (detail)


Resepi & cara-kerja membuat lemang (lemang sedap) stail din Rawang

(untuk segantang pulut).
Bahan-bahan :
beras pulut : 1 gantang (3kg. 600gm),
santan kelapa 5 biji (1.25kg)
daun pandan 5/6 helai
garam 5 sudu teh
gula 3 sudu teh
buluh lemang 9 btg x 2 kaki x 2 inci (garis pusat)
daun pisang (yang baik ialah daun pisang awak/pisang hutan)

Persiapan tempat pembakaran :

Keperluan biasa ialah :
1. Tumang dan lelo tempat nyandokan batang lemang (daghi batang paip pili);
2. Kayu api. Kayu yang baik ialah dari dahan rambutan, pelepah nyo, kelotok/ketih nyo atau kayu getah yang sudah dibelah-belah. Elakkan daghi ngunekan batang kayu sebeso pehe - batang yang beso tak 'ngidup api.'
3. Beberapa ketul batu bata (disusun di bawah lelo) - tempat meletakkan batang lemang semasa pembakaran

Wednesday, May 21, 2014

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU KASTURI

Dah selalu sangat menikmati nasi impit dan lemang setiap kali musim raya. Lagipun makanan tersebut juga boleh didapati pada bila-bila masa sahaja, walaupun bukan musim perayaan.


Untuk juadah makan tengahari hari ni, penulis ingin berkongsi resepi dengan semua pembaca setia WARNA-WARNI KEHIDUPAN.

IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU KASTURI

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap - berat anggaran 600 gm
Bersihkan.


Ikan Siakap Limau Purut





Ikan Siakap Sos Limau Purut
Sumber: Dr Liana 




Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (i suke belah bhgn perut & biar bhgn tulang belakang die je. not in this picture though)
bawang putih - cincang halus
bawang besar - chopped
halia seinci - hiris halus

Tuesday, April 15, 2014

70,000 anak bantu iblis laknatullah...



Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

*Sumber dari thaqofahdaie.blogspot.com

Sunday, April 6, 2014

CERITA SEDIH DI SEBALIK HARI APRIL'S FOOL


Apa ada pada Hari April Fool. 

Terdapat pelbagai versi mengenai sejarah April Fool. Apa yang nyata ianya ada berkaitan dengan Tragedi berdarah Granada yang menimpa umat Islam di Sepanyol pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai "The April Fool Day" oleh golongan Kristian dan pelbagai versi lain yang dikaitkan dengan sejarah April Fool ini. 

Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda tetapi hari memperingati kekejaman yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Spanyol.
The April's Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan  892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri yang makmur.

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan.  Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawan dengan aman oleh Islam.Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. 

Sejauh mana dibenar melihat aurat dalam perubatan


TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua).

Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat.


Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.


Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.


Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini.


Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.


Tuesday, March 4, 2014

Peta MASA SEBENAR Dunia

Adakah anda pernah terfikir adakah tempat yang anda tujui atau lawati hatta tempat tinggal anda sendiri menunjukkan masa yang sebenar.

Di sini dikongsikan peta sebenar yang menunjukkan perbezaan antara waktu yang ditunjukkan pada jam dengan waktu sebenar mengikut matahari naik atau turun.



Jika dilihat skala pada bahagian bawah sebelah kanan peta, negara yang berlorek merah bermakna jam yang ditunjukkan di negara masing masing adalah lebih lewat daripada waktu sebenar, manakala semakin hijau bermakna jam yang ditunjukkan adalah lebih awal dari yang sepatutnya.

Bagaimana dengan Malaysia?



Nampaknya Malaysia Barat lebih lewat lagi daripada Malaysia Timur. 

Mungkin generasi baru tidak menyedari " waktu yang dicuri" pada tahun 1981.

"Ramai juga yang TIDAK TAHU mengenai PERISTIWA BERSEJARAH DUNIA yang dicipta oleh TUN DR MAHATHIR sendiri . Iaitu "mencuri" masa manusia dengan mempercepatkan waktu 30 minit di Semenanjung Malaysia untuk disamakan dengan Sabah dan Sarawak pada 11.30pm , 31 Disember 1981 . 

Peristiwa ini disaksikan jutaan manusia di televisyen apabila jam di Banggunan Sultan Abdul Samad "dipusingkan" setengah jam ! Saya fikir , belum ada orang di dunia ini mampu mengubah waktu melainkan beliau dan ianya mengejutkan dunia !!!

TAHUKAH ANDA ? Kerana tindakan Tun Dr Mahathir itu juga ...

1. Lee Kuan Yew di Singapura pun panik dan arahkan pegawai2nya buat kajian dalam tempoh 24 jam, sama ada mahu ikut Malaysia atau biarkan sahaja. Last-last Singapura kena ikut kita. Banyak kerugian Singapura kalu dia tak ikut.

2. Alasan yang Tun bagi ketika buat keputusan untuk mempercepatkan masa di Semenanjung adalah untuk beri lebih banyak masa siang untuk orang di Semanjung. Ini bermakna masa siang orang di Semanjung sekarang lebih panjang berbanding di Malaysia Timur. Oleh itu bolehlah mereka mempunyai banyak berriadah dengan masa siang yang panjang itu. Berriadah pun boleh bantu orang di Semanjung jadi panjang umur.

3. Sebelum itu, kita lewat 30 minit dari Jepun. Tapi bila Tun cepatkan waktu, kita sama waktu dengan jepun sekarang. 

4. Dulu Indonesia dan Thailand hanya 30 minit lewat dari kita, tapi sekarang mereka lewat 1 jam lah pulak. Dua negara ini sudah tinggalkan kita agak jauh sebelum itu. Bila Tun memerintah Malaysia dan cepatkan waktu, kita dapat potong mereka dan di zaman Tun M, Indonesia dan Thailand perlahan2 ketinggalan dari kita. 



Sumber :
1)  http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2572317/Are-YOU-living-sync-Amazing-map-reveals-manmade-timezones-countries-false-sense-sun-rises.html
2) http://radiuse.blogspot.com/2012/03/waktu-malaysia.html

Monday, February 17, 2014

POLIGAMI : NASIHAT TERBAIK DARI SEORANG LELAKI KEPADA SEMUA SUAMI







...... dipetik dari salah seorang pengunjung sumber ini : 

http://sayangislam.com/2010/02/02/tiada-payung-emas-untuk-wanita-bermadu/

nama pengunjung tersebut adalah arjuna

sama sama kita kongsikan.... 



Sebagai pengalaman, sy menasihati para suami agar jangan ambil risiko utk berkahwin lagi. Amalan poligami sangat berat. Jika tiada alasan yg munasabah, jgn cuba2….risiko sangat besar…hidup anda tidak akan enjoy…penuh dgn tanggungjawab yg akan di tanya di akhirat nanti.
Jangan cuba cari cinta baru….dan jangan saja2 mencari isteri baru.
Kecuali….
Memang cinta berkurun dipendam tak dapat dibendung, cinta telah disemai bertahun2 dulu….spr kekasih lama… maka lebih baik kahwin…tapi jangan saja2 mencari cinta.
Atau tiada anak…. Zuriat sgt penting…
atau isteri sakit bertahun2…tidak dapat menikmati tuntutan batin….
Berkahwin lebih baik dari zina….zina musibah sangat besar….
biar masyarakat hina sebab kahwin lagi…tetapi jangan Allah yg hina sebab zina.
Please…jangan mencari cinta jika hidup telah sempurna….
Kadang2 niat membantu…tetapi akhirnya anda akan jadi hamba kepada isteri….sebab di ugut dgn pelbagai tanggungjwab. Anda akan rungsing sepanjang hari..
Seorang peniaga ada sebuah kedai…..pening kepala fikir….selapas 10 tahun tambah 1 kedai lagi…org nampak macam bertambah kaya…memang betul…tetapi peniaga itu akan bertambah pening…(contoh)
Maaf….ingat…kalau cinta tak dapat dibendung…istiharoh..dah kahwinlah…dan jutaan pohon pada mayarakat yg membaca…tolong bagi sokongan…jgn mencela poligami..jgn menghina org yg poligami….jgn menyindir poligami…
Para isteri yg telah dimadu..
Allah bersama anda…mati tak bawa suami..tak bawa anak..tak bawa harta..tak bawa pangkat…
Gunakan kudrat yg ada untuk perhambakan diri kpd suami…syurga habuannya…..doakan utk suami..senyum untuk suami…
redo…sabar…tawakal….itu formula
Dengan syarat…..anda amalkan syariat agama…amal agama…amal sunnah…insyaALlah berjaya dunia akhirat.

Wednesday, February 12, 2014

RESEPI : Ikan Kukus Air Asam



Bahan-Bahan :

1) Semangkuk kecil air asam jawa
2) 1/1/2 inci halia - tumbuk & perah dapatkan airnya
3) 1 batang serai - dihiris
4) 1 biji bawang besar - dihiris
5) 1 inci halia - dihiris
6) 6 biji lada kecil - dihiris
7) 1 biji lada merah besar - dihiris
8) 2/1/2 sudu besar sos ikan
9) 1 sudu besar sos tiram
10) Seekor ikan 
11) sedikit garam


Cara - cara :

1) Masukkan semua bahan dan ikan pastu kukus sampai ikan masak. If nak hias , hias dengan hirisan serai , bawang , lada semua. Tomato pon boleh guna. 



Simple dan mudah kan? Yg penting sihat. hehe. Selamat mencuba!

Wednesday, February 5, 2014

Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Renungan Bagi Muslimah Yang Belum Bertudung

Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Renungan Bagi Muslimah Yang Belum Bertudung


Bacalah kisah berikut untuk renungan anak cucu dan remaja sekelian. Semoga semuanya menjadi orang yang beruntung seperti si gadis di dalam kisah ini:



 

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya (bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, ”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.

Saturday, January 25, 2014

APA AGAMA ULTRAMAN...

Apa agama Ultraman?

(masa aku kecik, cita cita aku menjadi salah seorang juruteknik di pejabat MAT (Monster Attack Team), dapat jaga panel radarpun dah ok, he he)

Aku tak boleh terima jika ada orang bercakap tanpa fakta lalu share di FB atau forward email, memang aku akan angin satu badan, dipendekkan cerita, maka terlihatlah dari jauh seorang aku membebel pada anak tentang pentingnya menyebarkan berita dengan fakta.

“ Apa yang abang marah sangat ni? Fakta apa yang anak kita salah sebarkan.”

Tanya bini ingin tahu, jawab aku dengan emosi:

“ Ada ke patut?, anak kita cakap, lampu ultraman berkelip sebab nak minta bantuan adik beradik ultra?, tak logic langsung, sebenarnya lampu ultraman berkelip adalah kerana atmosfera bumi yang memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, itu yang buat lampu didadanya berkelip! ini adalah fakta!

Woha!

Saturday, January 11, 2014

BIODATA IBLIS



Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap: Neraka jahanam

Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH